CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 13, 2008

Senarai kesyukuran

Assalamualaikum and greetings all!!!

Mari kita menjawap tag dan tajuk tag hari ini ialah: Senarai Kesyukuran

Cara-cara begitu mudah seperti dibawah:
1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri.

1) Saya bersyukur dengan diri saya walaupun dikategorikan umpama tong dram tapi hakikatnya Allah telah jadikan saya amat sempurna, tak cacat dan boleh menolong diri sendiri tanpa susahkan org lain.

2) Saya bersyukur mempunyai emak yg sangat garang tapi penyayang... ayah pulak mempunyai sifat sabar yg tinggi tapi dont sangka klea wata no boya!!! sekali dia marah.. uuuih susah oooo. Mereka sangat sayangkan saya walaupun banyak kali saya buat diorang marah.

3) Saya bersyukur mempunyai tidak mempunyai abang dan kakak sebab saya anak sulong tapi adik2 saya yang seramai 8 org mempunyai pelbagai karenah yg walaupun kekadang menyakitkan ati saya tapi saya sayangkan mereka.

4) Saya bersyukur mempunyai anak sedara sulong bernama Muhammad Adam kerana disebabkan ayah dia (adik aku.. lan) yg tak gheti nak uruskan hal anak2 kecik, saya telah disuruh membasuh bontot adam ketika zura (bini lan) ada mesyuarat di sekolah suatu ketika dulu... tapi apa ke hal.. aku dah jaga 6 org adik laa (adik aku yg lagi dua aku takleh jaga sebab time tu aku sendiri pun mak ngan ayah jaga)... dengan riaknya aku menulis wakakakakaka

5) Saya bersyukur telah diberikan pelajaran oleh emak ayah saya walaupun time mula2 kena pi madrasah dulu rasa punyala cam bangang sebab umo darjah 3 kena bajaq bahasa arab... ujung darjah 3 masuk madrasah.. awal darjah 4 dah habih quran kecik... tak sampai setahun dah qatam... dahtu bila aku sakit perot cirit2 disuruh jugak pegi madrasah.. time ostad ajaq aku plak dok takleh nak konsentret.. last2 kena libas ngan rotan duri.. aku pun tercirit sambe terkesima dlm kelas... malu taw.. balik umah kena gelak ngan mak ngan ayah... adaka patut.. tapi aku syukur sebab walaupun dipaksa belajaq 4 thanawi which is haram tak abih takat 3 ja.. tapi dengan suma2 pelajaran itulah aku bleh berjaya sekarang menjadi MIS officer.. ala belajaq kat skola tu takyah la cita kan sebab sama ja ngan org lain...

6) Saya bersyukur mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai pendapatan yg membolehkan saya membayar segala bil yg kena bayar walaupun "bil air" saya dah lama tertunggak (tadak kena mengena ngan ini cerita).. boleh bantu adik2 dan jugak membelanjakan perot saya nan one pack ni

7) Saya bersyukur mempunyai sebuah kereta yang dapat memudahkan saya bergerak dari sini dan sana ke sinun.

8) Saya bersyukur mempunyai kawan-kawan saya yang sentiasa menyokong, memaki hamun, memerli tapi mereka amat berterus terang kepada saya.

9) Saya bersyukur masih lagi mempunyai kawan-kawan untuk bersosial seperti melalak di red box, memukul shuttle cock pada setiap minggu dan jugak melepak di kedai mamak.

10) Saya bersyukur kerana walaupun tidak mempunyai lappy di umah tapi saya ada tempat yg saya bleh troubleshoot pada bila2 masa di mana jua.

11) Saya bersyukur mempunyai seorang bos walaupun pangai supa haram tapi ada kualiti baguih. Walaupun saya tidak dinaikkan gaji tapi kesian jugak kat dia sebab sanggup kena caci maki dengan management disebabkan org dengki dengan saya.

12) Saya bersyukur break up dengan ex tunang saya kerana dia memilih jalan bahagia selain dari saya yg walaupun kini beliau telah gila talak dan menyamar menjadi kawan beliau dan cuba meraih simpati saya.. kira saya ni terel la jugak ada org bleh gila talak terhadap saya.. (peeeerah)

13) Saya bersyukur kerana tidak berkahwin dengan ex tunang saya kerana setiap kejadian yg berlaku ada hikmah.. sayang macamana pun klu dah Allah SWT nak tentukan idop aku dengan ujian sebegini.. buat apa nak susahkan kepala nak memikiorkan... setiap manusia ada salah dan silap.. termasuk jugak aku.. ehhe

14) Saya bersyukur kerana pandai masak... campak la saya pegi negara mana pun insya Allah saya boleh idop dan sebab tu la jugak saya tak kesah klu gepren saya tak pandai masak.. kot?

15) Saya bersyukur kerana suka berbelanja makan walau sesengkek mana pun.. lagi baguih dari dok belanja kat menda tak ketahuan nih.

16) Saya bersyukur saya bersekolah campur sebab klu tak klu mesti saya diminati oleh golongan gay kerana sampai sekarang saya masih fobia akan profile hi5 saya.. banyak siot gay nak berkenalan dengan saya.

17) Saya bersyukur kerana walaupun dulu kekecik ada alergik pada seafood.. tapi disebabkan kata2 seorang doktor bernama doktor zainal, "hang makan la apa pun tapi semua mau belen tak klu tu yg mai penyakit" semenjak dari hari itu saya membela perot saya ini sehingga la sekarang.

18) Saya bersyukur mempunyai kesedaran untuk berubah sikap seperti dari seorang yg amat emo kepada seorang yg lebih cool... mgkn disebabkan saya anak sulong. errr tapi klu saya letak pasal saya akan menyental bilik air time tensen dah tentu2 timah marah saya... tapi nak buat cemana dah kebetulan sama...eh sebelum terlupa... klu saya tension masakan saya akan bertambah sedap... wakakakakaka

19) Saya bersyukur kerana masih boleh menggembirakan kawan-kawan... ntah la sebabnya

20) Saya bersyukur kerana menjadi tempat untuk para x saya menjadikan saya sebagai stepping stone.. kira saya ni nampak macam muka kesian la kat org.. errr macam tu ke?.

21) Saya bersyukur masih mempunyai masa untuk membuat perkara yang saya suka sama ada berpaedah ataupun tidak... ngeeee seperti melihat pangai manusia kat shopping complex.. melihat menda2 chanteks... terutamanya pompuan sebab saya rasa tak salah kan??? saya jantan... dan bukan gay.

22) Saya bersyukur masih boleh menikmati makanan yang lazat-lazat kerana saya dan adik saya (lan) sangat suka masak ekekekeke... oooi lan bila nak wat project jam 3 pagi lagi ooi? adaka patut kami masak seperti restoran thai yg mahal jam 3 pagi??? ikan masak shetim... sambal tumis udang ngan petai, sayur baby kailan goreng biasa...fish fillet di goreng... wah!

23) Saya bersyukur dengan apa yang telah terjadi kepada saya tidak kira perkara baik atau buruk kerana setiap kejadian ada hikmah yg kita tak tahu...

24) Saya bersyukur kerana tidak mempunyai gf kerana kalau ada gf pun klu tanak faham saya pun tak guna jugak kan?

25) Saya bersyukur kerana dapat hidup dengan penuh kasih sayang.

26) Saya bersyukur kerana tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dulu.. skang walaupun ada tapi masih bersyukur...

27) Saya bersyukur saya seorang lelaki sejati yg geli klu dapat ayat lucah dari gay, tengok mak nyah tapi shetim klu tengok pompuan.

28) Saya bersyukur kerana mempunyai camera yang satu set amat mahal harganya tapi telah berjaya jgk dibeli dengan berkongsi bersama2 adik saya.

29) Saya bersyukur kerana ramai orang rajin melayan karenah saya tapi saya ketegaq suka buat kerenah jugak.

30) Saya bersyukur sangat dengan Allah akan apa yg dikurniakan kepada saya sebelum ini, sekarang dan akan datang. LIFE IS INDEED BEAUTIFUL.

Alhamdulillah :)

So saya hendak mereka menjawap tag ini. Mereka adalah pada sesiapa yg saya letakkan pada must see saya.

3 said something:

AngahLina Jolie said...
This comment has been removed by the author.
AngahLina Jolie said...

waahhhhhhhhh... byk nyer kusyukuran hang Yong.. alhamdulillah :D

RIZAL@BUYONG.INC said...

kita sebagai makhluk Allah mmg patut bersyukur