CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

Happy 29th Birthday Muhammad Razlan Zaidi

happy birthday bro.. May Allah bless you and your family...

Friday, April 24, 2009

Lepas satu... satu kejadian jadi...

Assalamualaikum.. sambungan daripada tragedi motor rosak

6.30pm
- punch out
- pi kedai muto... amik muto... haram tayar nak kena ganti baru..
- boh tiub kat depan... pasang tayar baru kat bakang
- kena pelekoh 105 termasuk tiub.. bagi cek awai bulan (utang la apa lagi)

7.00pm
- ALAMAK.. AKU DAH LAMBAT NIH... HARAM APA PUN TAK BELI LAGI NIH...
- bawak laju2 balik..
- isk jalan sopa haram la pulak

7.45pm
- sampai taqwa
- truih pi bakang cedok aih... sendiri tuang ayaq... tak cakap banyak...
- Allahumma laka sumtu... wabika amantu... wa'ala rizriqa afthartu birohmatika ya arhamarrohimin...
- bungkuih nasik... lauk ikan... papadom

7.55pm
- sampai umah... siram pokok.. cian tadi siang panaih...
- makan nasik laju2 sebab lapaq...
- burp alhamdulillah
- solat maghrib
- tunggu isya... tertido... ceh

9.30pm
- aduih... sakit betoi perot nih...
- tepon buah hati... tak berjawab la pulak... bizi la tu...
- ingatkan nak mintak tolong anta klinik... nak bawak moto pun tak larat dah nih
- tunggu punya tunggu... tertido...

24 April 2009

2.30am
- terbangun... abdomen sebelah kanan atas sket dari perot atau dalam bahasa senang... bawah tetek... sakit gila...
- tau dah nih... ni mmg signature hempedu sumbat... last aku kena 2006
- jolok anak tekak.. nak bagi muntah... takmo jugak...
- bergulin2 kat lantai.. sakit gila
- semacam pitam sekejap kot...

3.30am
- antaq msg... mintak tolong.. no reply... mmg la dah time2 camni mana ada orang berjaga.. nak call... cdt tak cukup... time ni la nak jadi pun
- start muto... gagah jugak gi klinik
- cakap ngan doktor pasal sakit hempedu
- doc nak bagi ubat tahan sakit
- cakap ngan doc... dulu kena injek kat montot... hehehe
- FYI doc malam ni sangat cun, lawa dan muda.. teruk kan pangai aku hahahaha
- dengan muka 3 posen setengah doc pun injek la montot aku.. haram.. sakit la pulak tu...
- padan muka aku hahahahahaha....
- doc cakap klu dalam jam 5 tak muntah jugak.. dia nak antaq pi spital...
- eee tanak aku... kompom aku kena bedah terus...

4.30am
- uwewrrrrkkkk... burp... muntah pun... selamat... takyah gi spital
- ketegaq betoi aku
- amik ubat.. sekali ngan ubat gastrik...
balik umah

4.45am
- msg cakap dah balik... then...terus.. tido...

8.30am
- HARAM... LAMBAT LAGI.. KESAN UBAT LA NIH...

Thursday, April 23, 2009

Motorku meragam lagi...

Assalamualaikum...
ngeee pagi ni nak marah2 sangat pun takleh.. kang tak pepasal nak kena makan nasik plak kang... cerita bermula pada pagi ini...

5.00am
- bangun, tekan jam loceng... pehtu tertido balik

5.15am
- terkejut bangun... alamak aku dah lambat nih...
- masak nasik, wat sup sayur, goreng nugget ayam tempura...
- buat nescafe

5.35am
- isk... nasik baru masak... panaih gila..melecoq lidah
- makan laju2... dah abih.. menom nescafe 2 teguk... nak berak la pulak...
- sap rokok sambe berak laju2...

5.40am
- turun bawah.. abihkan nescafe
- menom air kosong 2 gelas
- basuh periuk, pinggan mangkok, mug...
- menom lagi segelaih ayaq kosong...
- elok abih telan.. azan bunyik...
- badan berpeluh2...

6.00am
- isk nak mandi badan berlengaih lagi ngan peluh
- main jawbreaker.. haram tak menang2...
- tetoibe bleh terlena jap...

6.40am
- terkejut bangun.. orang tua2 kata malaikat tampaq..
- mandi
- picit punat remote start muto... solat suboh...

7.15am
- isi minyak muto..
- nak pam taya
- haram!!!! pam ni depa salah bukak valve la pulak.. bukan pam.. tapi isap... buta ja aku punya taya abih aingin
- isk.. sabaq.. sabaq... dugaan...

7.25am
- tolak muto pi stesen kat sebelah.. try pam...HARAM
- peluh bercerau
- boh double stand.. menapak

7.45am
- sampai bus stand.. bas teruih sampai...ALHAMDULILLAH
- naik bas SJ... kaler biru puteh cam keta pulis...
- peeeeh sekali ada kondakter la...lama siot aku tak tengok bas ada kondakter
- tiket harga singgit
- 15 menet jalan... peeeh... ada kolet la pulak... tukang cek tiket... tingat nostalgia kekecik naik bas...
- sambe bas berjalan merangkak2... aku apa lagi.. cam biasa ushar orang tertutamanya awek... ah moi.. achee....(yang lawa ajelah)...

8.15am
- sampai area coket... peh ada restoren bertajuk RESTOREN JAWA AN NUR... kah kah kah...
- sampai dedekat ngan bangunan mara
- peeeh ada pulak karnival makanan JAWA... sabau ajelah

8.30am
- sampai belakang kotaraya...
- menapak sket sampai tempat kheja... kah kah kah... tu la permulaan idop aku arini..

nak sambong buat kheja... daaaaa

Wednesday, April 22, 2009

Life

Assalamualaikum yall

Huh... i think it's quite a long time I do not write anything since my last post (the one that i really wrote.. not craps)... well last Friday I did balik kampung to see my emak and all the siblings. My youngest brother Jig was showing me his kogha2 tiruan pet and as usual Man do nothing except playing with computer games... seems like for other parents... they would usually scolded their son / daughter for playing computer games.. but particular to my beloved brother... he actually learning how to be a computer geeks (i'm just a technical freaks.. ahahahahaha)... one thing for sure.. i noticed that he (Man) even know how to crack ps2 dvd code... what he actually do is he usually use the search engine (Google and Yahoo!) to find what he want and start exploring and valla!!!! hehehehe my effort of teaching him how to use search engine totally worth it... hahahahaha... adik aku lagi terel dari aku wa akap ama lu...

My emak... as usual boasting with the ustazah thing and... each and everytime she wanna talk to me regarding this ostazah... i usually tukar the topic to something rather sacarstic or really lawak bodoh... for instance... i change the topic to "bila mak tanam pokok nih?" hahahahahahaha or the worst is.... "mak... macamana nak masak nasik ayam?" and my emak would answer like "aik... kan Jan tau macamana nak masak?" hahahahahahahaha..... bodowh kan aku kan??? gila phobia siot bila dia nak rekemen.. kang dari nak pi tengok menjadi majlis merisik macam teun sudah.. gila ah din dong!

The thing is... is not that i simply wanna derhaka to my emak.. i did have my own choice... i met her since last year... work at the same properties... and um... so not to my emak's taste.. hehehe... tau dah...

Syarat sah nak jadi menantu Cikgu Robiah
- Orang sana (utara)
- kheja sana
- cikgu/ustazah/kheja kerajaan/kerajaan tempatan
- dok sana

haaa mampuih aku nak cari sebab aku kheja sini... aaaaaaaaaaa hawat tak amik!!!!!

gila ah... aku nak pi isap rokok!
daaa

Thursday, April 16, 2009

TAWARAN KERJA SEKTOR PERTAHANAN

Minat dalam bidang PERTAHANAN?
Bantulah pasukan keselamatan dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1.. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30 Mei 2009 di Jabatan Pertahanan Awam. Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.

Jawatan:
1. Power Rangers - 5 Jawatan
2. Kamen Riders - 2 Jawatan
3. Ultraman - 1 Jawatan
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM - Berkebolehan menunggang motosikal. Mat rempit diutamakan.

HEHE (jangan marah arrr)

Thursday, April 9, 2009

DR FADZILAH KAMSAH KATA... AKU KATA

Assalamualaikum suma...

dibawah ni disenaraikan 63 petua kebahgiaan rumahtangga oleh Dr Fadzilah Kamsah... (tu dia kata)

.1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan pasangan.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut I love you sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

haaa nundia punya panjang dr fadzilah kamsah bagi... dr mesia keturunan jarman (bukan german)... ni AKU PULAK NAK CAKAP

dah termaktub dalam ajaran Islam... antara sabda rasulullah dan jugak dalam quran lagi antara syarat utk pilih menantu...

pilihlah diantara kalangan wanita itu mereka
- yang berharta
- yang berketurunan baik2
- yang mempunyai rupa paras menarik
- yang beragama
dan sesungguhnya yg beragama itu adalah yg paling baik...

kan ada kan??? jadinya... ni AKU nak KATA... perkara asasnya di sini.. kalau memasing faham akan agama Islam yg menjadi way of life... tak perlu nak baca suma2 63 perkara ke... 18ratus perkara ke... senarai sepanjang 1000 helai mukasurat A4 ke... semua akan selesai dengan mudah klu pasangan mempunyai pegangan agama yg kuat... insya Allah

ikhlas dari diriku yg suchee
abangbuyong

p/s cemana la agak2nya ostazah tu nanti bila kenai aku hahaahahahahaha

Monday, April 6, 2009

PILIHAN SENDIRI KE PILIHAN MAK BAPAK

Tanak cakap panjang

aku rasa aku dah ada pilihan sendiri
tapi mak aku nak aku menikah ngan ostazah dari kola nerang...
ostazah yg dia kenai semenjak dia pindah ke skolah baru
(FYI mak aku adalah Penolong Kanan yg nak jadi Guru Besaq)

apa pendapat korang?