CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 1, 2010

Aku seorang yang bertuah

Assalamualaikum & greetings


Kadang2.. orang yang paling kita sayang itulah yang paling susah untuk disayangi.. memang betul.. dan ada jugak salahnya... sebab... kalau kita yang susahkan diri untuk menyayangi orang yang kita sayang... memang padan muka la kan?

Dalam aku sedang hangat bercinta nih (hahaha), tak kurang jugak yang bertanyakan kat aku seperti contoh: -

"nape ko pilih dia?"

"single mum weyh.. banyak tanggungjawab tu"

"ang tak rasa menyesai ka?"

"hoyo... buy one free two"

hurm... sangat menyakitkan hati kan bila baca soalan2 seperti di atas?

well ini jawapan aku kepada soalan...
"nape ko pilih dia?"

bagi sapa2 yang tanya soalan ni jawapan termudah aku adalah INI SEMUA KETENTUAN ALLAH BUAT AKU... hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku... bila aku jawab macam ni... ada pulak yang kata jawapan aku tu sangat senang..

yup memang senang utk memudahkan orang yang berotak singkat punya pertanyaan... tapi tahukah anda bahawa untuk menyerahkan soal jodoh kepada yang di Atas bukan senang...atas sebab ego seorang manusia.. inilah yang terjadi.. mesti nak yang cun.. mesti nak yang cantik.. yang hensom.. yang kaya.. yang ada harta.. tapi itu bagi yang tingkatan imannya lemah...tapi sedarkah jugak bahawa hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk kita? kita selalu meminta itu dan ini dari Dia.. kita juga selalu mintak yang terbaik dari Dia.. bila Dia bagi yang terbaik kenapa kita hendak menolak? kan ke bangang punya soklan tu kan?

pehtu ada pulak orang tanya...
ang dah tau ka dia suka apa?
ang tau ka perangai dia macamana?
ang tau ka kawan2 dia sapa?
ang kenai ka family dia?

ang... ang.. ang... wallaweh.. banyak sungguh soklan... bagi aku... kalau dah suka akan seseorang secara tidak langsung aku mesti tahu akan kesukaan dia.. kalau aku tak tahu.. aku mesti akan observe.. yes permulaan memang aku tak tau apa2.. in fact semua orang tak tau akan kegemaran pasangan masing2 masa mula2 berkenalan kan? ada yang tak tau apa2 sampailah dah lepas nikah.. ini khas ditujukan buat para ibu bapa / orang dolu2... tak tau apa2.. tapi kekal jugak sampai liang lahad kan?

jawapan yang pasti adalah aku sangat senang akan dia... melihatkan dia penatku hilang... poyo? aku rasa tak kot... habihtu kita nak cari yang macamana? lihat akan pasangan memasing terus jadi tension? cantik, seksi, bergaya, mutu, ketunggulan tapi asal jumpa jek tension...baik tak payah ada couple macam tu...

secara luaran memanglah orang yang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin ni sangatlah kasar... lebih kepada perangai jantan... orang tengok pun boleh meluat... tapi secara halus korang tak pernah pulak teliti akan kebaikannya... aku saja nampak akan kelembutan dia... dan alhamdulillah.. telahan aku ternyata benar... layanan dia kepada aku... hurm.. takyah la cita kat sini.. hak milik kekal aku yea.. ehhe (insya Allah)

"single mum weyh.. banyak tanggungjawab tu"
ini jawapan aku...

kalau anak dara sekalipun... awat esok2 ni tadak tanggungjawab yang perlu dipikul? seronok bila tahu status pasangan itu belum berkahwin.. tapi zaman sekarang nih... berapa ramai yang belum berkahwin menjaga tatasusila memasing??? aku bukan nak kata aku ni baik.. aku pun nakal.. tapi atas soalan yang typical melayu tok tok nih... itu je jawapan terbaik mampu aku berikan...

sedar tak korang bahawa nabi SAW pernah bersabda akan kelebihan pahala diberikan kepada orang yg mengahwini single mum? aku heran zaman sekarang ni pun masih ada lagi orang berpikiran tipikal akan hal ini... soklan aku pulak... takde pulak orang nak buat hal kalau single dad yg nak kawen kan? asal pompuan jek mulalah bising itu ini...

pasal tanggungjawab tu insya Allah aku akan lakukan sebaik mungkin untuk pastikan bakal isteri aku, anak2 kami dan bakal anak2 kami cukup makan, minum, pakai dan juga ada tempat tinggal... yang lain2 tu aku berserah pada Allah.. Dia tak zalim....

"ang tak rasa menyesai ka?"
hahahahaha... boleh tak aku jawab macam tu?

manusia mana yang tak harapkan perkahwinan yang bahgia... penyesalan tak ada dalam kamus hidup aku... dah ketentuan Allah atas apa jua yang terjadi...

suatu ketika dan tiap ketika aku selalu berdoa supaya Allah kurniakan seseorang yang boleh menerima aku seadanya.. menyayangi aku tanpa mengira akan rupa, harta dan kedudukan aku... aku berdoa supaya Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku yang pada tiap ketika aku boleh merindui akan dia, senang akan kehadiran dia, hilang akan segala penat aku bila terpandang akan dia, boleh berbincang dengan aku dalam apa jua hal termasuk hal agama.. faham akan kerja aku...

penantian aku cukup lama.. alhamdulillah sekarang aku dihadirkan oleh seorang yang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin... tidak aku sangkal bahawa jodoh itu ketentuan Allah.. dan kalaulah esok ni ditakdirkan jodoh aku bukan dengan dia.. aku kena terima itu semua kerja Allah.. kita tak tahu apa yg bakal berlaku.. kalau kita boleh tahu akan masa depan.. semua manusia akan menjadi gila.. kan?

"hoyo... buy one free two"
antara statement yang paling koangjaq aku pernah terima... orang yg buat statement ni memang tak bersyukur, ego dan sombong di bumi Allah..

memang secara express aku bakal menjadi suami, bapa (walaupun bapak tiri) dan jugak ketua keluarga... tapi korang dapat tak pengalaman macam ni

1. dapat tengok anak2 aku bersunat tanpa menunggu paling cepat 5 tahun? aku dapat... sebab amirul & danial dah selamat bersunat 30 oktober 2010 nan lalu... korang?

2. tak gelabah untuk tahu akan apa nak dilakukan bila dah berkahwin dan bila ada anak... korang?

3. dijaga dan dibelai dengan amat baik sekali... tak payah nak penin ajaq... korang?

4. sungguhpun nampak kasar dan brutal... tapi kelembutannya aku ja tau.. korang?

5. pahala besar menikahi single mum... korang? aku bukan nak berlagak.. tapi yang suka keluarkan statement sebegini layak ke nak tanya kat aku?

kesimpulannya.. walau apa jua cabaran yang bakal aku terima.. aku yang perlu hadap... bukan korang yg bertanyakan soalan di atas... kan? dan secara bangga aku nyatakan yang...AKU SEORANG YANG BERTUAH dihadirkan seorang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin

doakan kebahgiaan kami... amin

p/s i love you sayang... more than you know it...