CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 27, 2010

Ferrari For Sale - credit to Atie Zainal

the picture describes all!!!



Monday, November 1, 2010

Aku seorang yang bertuah

Assalamualaikum & greetings


Kadang2.. orang yang paling kita sayang itulah yang paling susah untuk disayangi.. memang betul.. dan ada jugak salahnya... sebab... kalau kita yang susahkan diri untuk menyayangi orang yang kita sayang... memang padan muka la kan?

Dalam aku sedang hangat bercinta nih (hahaha), tak kurang jugak yang bertanyakan kat aku seperti contoh: -

"nape ko pilih dia?"

"single mum weyh.. banyak tanggungjawab tu"

"ang tak rasa menyesai ka?"

"hoyo... buy one free two"

hurm... sangat menyakitkan hati kan bila baca soalan2 seperti di atas?

well ini jawapan aku kepada soalan...
"nape ko pilih dia?"

bagi sapa2 yang tanya soalan ni jawapan termudah aku adalah INI SEMUA KETENTUAN ALLAH BUAT AKU... hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku... bila aku jawab macam ni... ada pulak yang kata jawapan aku tu sangat senang..

yup memang senang utk memudahkan orang yang berotak singkat punya pertanyaan... tapi tahukah anda bahawa untuk menyerahkan soal jodoh kepada yang di Atas bukan senang...atas sebab ego seorang manusia.. inilah yang terjadi.. mesti nak yang cun.. mesti nak yang cantik.. yang hensom.. yang kaya.. yang ada harta.. tapi itu bagi yang tingkatan imannya lemah...tapi sedarkah jugak bahawa hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk kita? kita selalu meminta itu dan ini dari Dia.. kita juga selalu mintak yang terbaik dari Dia.. bila Dia bagi yang terbaik kenapa kita hendak menolak? kan ke bangang punya soklan tu kan?

pehtu ada pulak orang tanya...
ang dah tau ka dia suka apa?
ang tau ka perangai dia macamana?
ang tau ka kawan2 dia sapa?
ang kenai ka family dia?

ang... ang.. ang... wallaweh.. banyak sungguh soklan... bagi aku... kalau dah suka akan seseorang secara tidak langsung aku mesti tahu akan kesukaan dia.. kalau aku tak tahu.. aku mesti akan observe.. yes permulaan memang aku tak tau apa2.. in fact semua orang tak tau akan kegemaran pasangan masing2 masa mula2 berkenalan kan? ada yang tak tau apa2 sampailah dah lepas nikah.. ini khas ditujukan buat para ibu bapa / orang dolu2... tak tau apa2.. tapi kekal jugak sampai liang lahad kan?

jawapan yang pasti adalah aku sangat senang akan dia... melihatkan dia penatku hilang... poyo? aku rasa tak kot... habihtu kita nak cari yang macamana? lihat akan pasangan memasing terus jadi tension? cantik, seksi, bergaya, mutu, ketunggulan tapi asal jumpa jek tension...baik tak payah ada couple macam tu...

secara luaran memanglah orang yang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin ni sangatlah kasar... lebih kepada perangai jantan... orang tengok pun boleh meluat... tapi secara halus korang tak pernah pulak teliti akan kebaikannya... aku saja nampak akan kelembutan dia... dan alhamdulillah.. telahan aku ternyata benar... layanan dia kepada aku... hurm.. takyah la cita kat sini.. hak milik kekal aku yea.. ehhe (insya Allah)

"single mum weyh.. banyak tanggungjawab tu"
ini jawapan aku...

kalau anak dara sekalipun... awat esok2 ni tadak tanggungjawab yang perlu dipikul? seronok bila tahu status pasangan itu belum berkahwin.. tapi zaman sekarang nih... berapa ramai yang belum berkahwin menjaga tatasusila memasing??? aku bukan nak kata aku ni baik.. aku pun nakal.. tapi atas soalan yang typical melayu tok tok nih... itu je jawapan terbaik mampu aku berikan...

sedar tak korang bahawa nabi SAW pernah bersabda akan kelebihan pahala diberikan kepada orang yg mengahwini single mum? aku heran zaman sekarang ni pun masih ada lagi orang berpikiran tipikal akan hal ini... soklan aku pulak... takde pulak orang nak buat hal kalau single dad yg nak kawen kan? asal pompuan jek mulalah bising itu ini...

pasal tanggungjawab tu insya Allah aku akan lakukan sebaik mungkin untuk pastikan bakal isteri aku, anak2 kami dan bakal anak2 kami cukup makan, minum, pakai dan juga ada tempat tinggal... yang lain2 tu aku berserah pada Allah.. Dia tak zalim....

"ang tak rasa menyesai ka?"
hahahahaha... boleh tak aku jawab macam tu?

manusia mana yang tak harapkan perkahwinan yang bahgia... penyesalan tak ada dalam kamus hidup aku... dah ketentuan Allah atas apa jua yang terjadi...

suatu ketika dan tiap ketika aku selalu berdoa supaya Allah kurniakan seseorang yang boleh menerima aku seadanya.. menyayangi aku tanpa mengira akan rupa, harta dan kedudukan aku... aku berdoa supaya Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku yang pada tiap ketika aku boleh merindui akan dia, senang akan kehadiran dia, hilang akan segala penat aku bila terpandang akan dia, boleh berbincang dengan aku dalam apa jua hal termasuk hal agama.. faham akan kerja aku...

penantian aku cukup lama.. alhamdulillah sekarang aku dihadirkan oleh seorang yang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin... tidak aku sangkal bahawa jodoh itu ketentuan Allah.. dan kalaulah esok ni ditakdirkan jodoh aku bukan dengan dia.. aku kena terima itu semua kerja Allah.. kita tak tahu apa yg bakal berlaku.. kalau kita boleh tahu akan masa depan.. semua manusia akan menjadi gila.. kan?

"hoyo... buy one free two"
antara statement yang paling koangjaq aku pernah terima... orang yg buat statement ni memang tak bersyukur, ego dan sombong di bumi Allah..

memang secara express aku bakal menjadi suami, bapa (walaupun bapak tiri) dan jugak ketua keluarga... tapi korang dapat tak pengalaman macam ni

1. dapat tengok anak2 aku bersunat tanpa menunggu paling cepat 5 tahun? aku dapat... sebab amirul & danial dah selamat bersunat 30 oktober 2010 nan lalu... korang?

2. tak gelabah untuk tahu akan apa nak dilakukan bila dah berkahwin dan bila ada anak... korang?

3. dijaga dan dibelai dengan amat baik sekali... tak payah nak penin ajaq... korang?

4. sungguhpun nampak kasar dan brutal... tapi kelembutannya aku ja tau.. korang?

5. pahala besar menikahi single mum... korang? aku bukan nak berlagak.. tapi yang suka keluarkan statement sebegini layak ke nak tanya kat aku?

kesimpulannya.. walau apa jua cabaran yang bakal aku terima.. aku yang perlu hadap... bukan korang yg bertanyakan soalan di atas... kan? dan secara bangga aku nyatakan yang...AKU SEORANG YANG BERTUAH dihadirkan seorang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin

doakan kebahgiaan kami... amin

p/s i love you sayang... more than you know it...

Thursday, October 21, 2010

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.
Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Saturday, September 18, 2010

moga apa yang dirancangkan dimakbulkan Allah

assalamualaikum & greetings...


kata orang... orang yang paling kita sayanglah paling susah untuk disayangi (amik tagline citer sepi)

malam 28 ramadhan
"kamu ni betul ke suka akan anak makcik nih? dia ni kasar, anak2 dia macamana pulak?"

"insya Allah makcik, kalau saya main-main dari awal-awal lagi saya takkan jumpa dia dan takkan saya jejak kaki ke rumah ni.... saya memang sayangkan dia"

"jangan kamu suka mak je... anak2 dia pun kena terima jugak, mak kamu macamana? makcik taknak teruskan kalau tak ada restu mak ayah"

"atas sebab inilah saya datang sini makcik, untuk memberitahu makcik yang saya akan pulang ke Penang dan memberitahu akan perkara ini kepada mak saya..."

"I pun tanak teruskan kalau your mum tak restu"

petang ramadhan ke 29, lepas asar
"mak... mai sini sat"

"jan nak cakap apa dengan mak... jan la mai sini"

(bodo jugak aku kan... dah nak cakap dengan mak aku... kena la pi kat dia kan?)

"mak, jan nak bagitau mak pasai jan.. jan nak kawen..."

"dengan sapa? nama apa?"

"nama dia siti noor zaliza mak... ala yg nama niki yg bagi kat mak hamper tu... macam ni mak... dia kheja kat KLCC, bvalgari to be precise...orang cheras... kampung asal dengkil... dia bukan macam perempuan2 lain yg jan pernah bagitau kat mak... mak pun tau jan macamana kan? kalau jan tak betoi2 suka kat dia... jan tak cerita kat mak... mak pun tau kan jan punya experience yg lepaih2 macamana kan? tunggu kemain lama... last2 haram satu apa pun tak jadi... tapi kali ni... niki yg jan jumpak ni lain dari yang lain.. dia single mum of 2 sons... umoq 34... dan sepanjang relationship jan dengan dia pun dia tak pernah susahkan jan at any time... kami confess suka akan masing2 pada hari jumaat pertengahan ramadhan haritu... "

"single mum? dia bercerai hidup ka mati?"

"bercerai hidup mak... tak payahlah jan cerita kat sini tapi kalau mak ada kesempatan nanti mak baca la dia punya notes dalam facebook... jan bukan nak sebelahkan dia ka apa tapi mak boleh tanya yon yg dah baca notes tu..."

"dahtu nanti anak2 dia macamana? nanti exhusband dia nak anak2 dia balik macamana?"

"anak2 memang dengan dia mak... dah 8 tahun dah bercerai... sebenaqnya semalam sebelum jan balik penang.. jan jumpak mak dia dulu...dia ngan mak dia cakap yg kalau mak (mak aku) tak restu.. depa pun takmau nak teruskan... sebab depa kata kalau tadak restu mak bapak... nanti kahwin tak berkat... jan pun takmau hidup jan tak berkat... jadi jan nak mintak restu mak untuk kali ni..."

"hurm.... nanti kalau di larang jadi apa2 susah pulak... ok lah kalau macam tu.. TAPI... mak nak pi tengok dulu..."

"bila?"

"cuti sekolah lagi sekali"

"bila?"

"bulan 11 la.. isk... banyak tanya plak"

"terima kasih mak..." (sambil salam tangan ngan chom pipi mak aku)... sangat bukan aku ok...

syukur alhamdulillah atas apa yg dikurniakan oleh Mu ya Allah... moga2 menjadi akan jodoh kami...

aku pinta pada semua yang mengenali diriku.. tolong doakan kami... agar kami dapat kami layarkan bahtera hingga ke liang lahad dengan penuh rahmat dari Nya...

aku RIZAL BIN ZAIDI sangat menyayangi dirimu SITI NOOR ZALIZA KAMARUDDIN @ NIKI

tiba2 nak nyanyi lagu nih..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

ngeeeeeeeeeeeeeee....

(tu lagu yg niki hantaq kat aku... lagu aku plak...)

hadirnya bak hembusan bayu
meniup lembut dan mengusik kalbu
terbuai lena hingga terlupa
semuanya ditelan masa

namun ada yang memelihara
bunga2 cinta disemai dijaga
kerna percaya pada kembangnya
yang akan mewarnai dunia

cinta...
tersematkah di istana janji dua jiwa

cinta...
terleraikah diantara kaca dan permata
atau saksi buta
rintihan hamba di malam yang gelap gelita

mungkin bukan cinta biasa
bukan jua helah pendeta
yang memuja dan terkecewa
tanpak kabus dipinggir senja

terleraikah segalanya
suatu misteri didunia yang fana
namun harus dipelihara bukan sementara tak mengapa..

cinta...
tersematkah di istana janji dua jiwa

cinta...
terleraikah diantara kaca dan permata
atau saksi buta
rintihan hamba di malam yang gelap gelita

yang tiada pernah memungkiri janjinya
yang kekal untuk selama-lamanya...

dah... aku takmau melalut lagi dah

Wednesday, September 1, 2010

Aku Cinta Padamu... sungguh...

assalamualaikum...


Syukur padaMu ya Allah, betapa besar dan agungnya nikmatMu, yang memberikan aku jalan dan juga membuka pintu hati yang tertutup untuk bercinta lagi... wah... macam terkejut je kan aku tulis nih... tapi memang betul... perkara jodoh dan ajal memang satu perkara yang telah ditentukan di loh mahfuz yang kita sebagai manusia tidak boleh mengelak...


aku bersyukur kepadaMu ya Allah, dalam tara aku yg gemok, pendek, itam, mata empat, bodo plak tu... masih ada yang sayang pada aku... isk... then korang mesti tanya kan apa jadi kesah yg tahun sebelum ni... jawapan aku setakat ini adalah ADA AKU KESAH? ... agak kejam jugak bunyinyakan? tapi... huh... sesungguhnya aku sedang berpuasa dan aku tidak mahu berkata2 lebih sat lagi jadi fitnah... tak pasai2 aku jadi batu api... wakakakakakaka


betoi kata orang tua2... dari benci (meluat) jadi suka... pehtu sayang.. pehtu cinta.. wuuuih.. awat aku nih... last 6 weeks adalah hari yang penuh bermakna untuk aku.. why? aku ditemukan oleh Allah swt seorang insan yang suka dan sayang kat aku atas sifat aku sendiri... tidak ada hipokrit... dari mula aku meluat dengan mulut bisingnya sejak dari pertama kali naik kereta bersama2 aku, fendi.. errr lagi sapa haa... aku tak ingat.. then bila aku perhati2kan... rupa2nya ada kelembutan disebalik kasaqnya orang itu...ada ketelitian dalam setiap tindakan.. ada manja dalam kasarnya pertuturan... haaa macamana tu kan?


dari hari pertama aku tengok... aku suka dan aku terus rasa seperti budak2 kecik yang dapat satu hadiah yang sangat di tunggu2 dan bila dapat bungkusan tu.. budak tu akan memerhati dan membuka dengan penuh debaran.. haaa... macam tu la teruknya aku rasa pada haritu.. sapa yg perasan mmg akan kata aku gila... siap kuaq peluh jantan.. nasib baik tak basah.... BAJU LAH! tapi aku pendamkan aje sebab... aku tanak nanti orang kata aku rebound.. aku memang masa tu baru je lagi errrr how should i say... breakup.. sebab.. tanak citer.. bulan posa.. nanti la aku citer...


dari sehari ke sehari.. perasaan itu semakin mekar... ada ketikanya rasa macam putus asa pun ada jugak bila orang tu suka kat orang lain... huh.. tapi apa kes aku nak cepat kalah kan? bukan aku la... tapi aku ni jenis ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS... aku tak pandai nak guna kata2 manis... tindakan aku je yang secara simple menunjukkan aku care to the person... tapi kalau BANGANG TAKMAU NAK PAHAM... DAN TAK GHETI NAK APPRECIATE...GI MAMPOS LAH ops.. posa.. lupa plak... astaghfirullah


tanggal hari jumaat nan lalu (27 Ogos 2010)... sehari lepas besday mak aku @ cikgu robiah... secara senang dan terbuka aku luahkan apa yg terbuku di hati aku pada orang tu... Alhamdulillah... dia terima... dan dia juga ada rasa yang sama.. (tu pun lepaih aku pi penang.. dok jeuh sket dari dia... kalau tak.. idok le.. ekekekekeke)


dari panggilan aku, ko... sekarang dah daling maling... wakakakakaka... dan aku syukur masih ada yang menerima aku seadanya..


doa aku pada yang di Atas...


Ya Allah ya Tuhanku...

jika telah ditetapkan dia jodohku

dekatkan hatinya dengan hatiku

jika bukan dirinya untukku

jauhkan hatinya dari ku

agar tidak terguris hati mana2 pihak ya Allah

sesungguhnya aku sayang padanya

amin


ini janjiku padamu... aku terima dirimu seadanya... kita cuba bina perasaan ini hingga akhir hayat semasa senang (memang senang kalau senang) dan jua semasa susah (bab ni kebanyakan orang kantoi)...


orang itu adalah niki @ siti noor zaliza kamaruddin...


dah... aku tak larat meroyan dah


sila baca titipan ilmu yg aku copy and paste dan aku pasti ramai penah baca tapi sebagai insan.. kerap terlupa...


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


wassalam