CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 3, 2009

Melayu dan Atikel 153 Perlembagaan Malaysia

Assalamualaikum


Hari Jumaat 20 Februari yang lalu, saya berkesempatan menghadiri satu kursus... pada mulanya.. bila ditengokkan pada jalan kerja kursus tersebut.. tersangatlah BTN wa akap ama lu... tapi bila tiba saat permulaan ceramah... barulah saya sedar betapa lainnya kursus kali ini. Ia sebenarnya membincangkan akan perihal orang Melayu itu sendiri dan mengapa perlunya dipertahankan beberapa perkara terutamanya yg ada kena mengena dengan artikel 153 Perlembagaan Malaysia... so patriotic but read it to the end and then you'll understand why I keen to write about the seminar that i attended.


Sejarah - Pembukaan Kota Melaka

Umum kita semua tahu yang wilayah nusantara sebelah sini yg dikenali sebagai Malaysia kini asalnya dimahsyurkan oleh pembukaan kota Melaka. Bukan tidak ada kerajaan Melayu lain yang lebih dahulu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka, tetapi atas kemahsyuran kerajaan Kesultanan Melayu Melakalah maka kita dapat lihat akan kepesatan pembangunan dan jugak kita kenal akan bumi Malaysia tercinta kita ini.

Secara ringkas, kota Melaka dibuka oleh seorang anak raja yang lari dari kekuasaan Majapahit. Beliau yg dimaksudkan adalah Parameswara (1344 - 1414). Beliau adalah seorang keturunan rumpun Melayu, beragama Hindu dan berkahwin dengan salah seorang puteri dari keturunan Jawa. Asalnya melarikan diri ke Temasik dan memerintah selama 5 tahun sebelum mencari tempat lain yang dirasakan sesuai dan atas kekuasaan Allah SWT yg memberikan ilham pada beliau... maka berhijrahlah ke satu perkampungan nelayan di muara sungai yang akhirnya dimahsyurkan dengan nama Melaka.

Atas kekuasaan Allah SWT juga yang memberikan ilham kepada para pendakwah islam dari Gujerat dan juga Acheh agar mengislamkan Parameswara... dan juga atas kesedaran kepentingan ilmu yg dibawakan oleh Islam pada ketika itu, maka Alhamdulillah Parameswara telah memeluk Islam dan telah mengarahkan agar Islam dikembangkan dari istana untuk rakyat... satu contoh bagaimana hukamak dan ulama' penting dalam memajukan sesebuah negara. Dipendekkan cerita, Melaka amnya dan Melayu khasnya menjadi sebuah negara bangsa yang amat terkenal akan sifat KEPAHLAWANANNYA dan ILMUANNYA.

Sebagai contoh siapa yang tak kenal Hang Tuah 5 bersaudara? Panglima Hitam dengan ilmu lautnya... manusia pertama mengelilingi dunia (ini adalah fakta dan bukan rekaan). Bumi Melaka melahirkan ramai ilmuan. Pelabuhan Melaka juga ketika itu terkenal dengan dagangan rempahnya... bahasa Melayu menjadi Lingua Franca... apa maksudnya ini? Maksudnya semua pedagang yang hendak berdagang di Melaka dimestikan tahu berbahasa Melayu... itulah betapa hebatnya Melayu pada ketika itu. Wujud juga tulisan jawi... KENAPA? Hal ini disebabkan para ilmuan Melayu sedar bahawa dengan penguasaan jawi... memudahkan rakyat membaca quran.

Atas kemahsyuran ini juga maka bangsa Melayu pada ketika itu makin lupa akan jati diri masing-masing dan sejarah telah membuktikan akan kejatuhan Melaka disebabkan atas keTAMAKan, HASAT DENGKI, KURANG ILMU dan juga KELEMAHAN PEMERINTAH.

Dalam sejarah dinamakan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka sebanyak dua kali. Betul tetapi tidak tepat... sebenarnya pada kali pertama beliau ke Melaka... si laknat ini telah menyerang sebanyak 12 KALI dan kesemuanya tidak dapat menembusi kekuatan Melaka. Hebat... hebatnya Melayu mempertahankan tanah air. Lalu pulanglah Alfonso...

Apa yang kita tidak tahu lagi ialah si laknat ini sebenarnya mempunyai misi sedari zaman perang Salib lagi... iaitu MENGHANCURKAN ISLAM. Kenapa Melaka di pilih sedangkan ada lagi pelabuhan lain berhampiran yang juga pada ketika itu menjalankan aktiviti yang sama? Suka saya disini mengutarakan bahawa si laknat ini memang mempunyai agenda menghancurkan Islam. Tahukah anda semua bahawa ALFONSO pernah MENGETUAI MISI MENCEROBOH MAKAM RASULULLAH KERANA INGIN MENCURI MAYAT RASULULLAH dari tahun 1513 hingga 1515???

Bila tumbangnya kerajaan Melaka atas ketamakan harta dan derhakanya rakyat (Si Kitul)... apa yg si laknat ini buat pertama sekali ialah membakar semua masjid dan surau2. Dihapuskan ulama dan dibakar quran dan juga sumber ilmu2 lain. Tujuannya ialah apabila ilmu dihapuskan maka akan hancurlah generasi Melayu itu sendiri. Para wanita ketika itu dirogol dan nasib tak ubah seperti binatang... Lalu bangsa Melayu dijajah oleh banyak lagi bangsa asing iaitu BELANDA, INGGERIS, JEPUN dan kemudian INGGERIS semula.

Bangsa Melayu tak ubah seperti bangsa yang kehilangan arah dan juga kehilangan jati diri. Kita dapat lihat bagaimana bangsa2 lain memecahbelahkan bangsa Melayu beragama Islam dengan menghadkan ilmu, disemarakkan hasad dengki dan dijatuhkan semangat. KENAPA? Tidak lain adalah kerana bangsa kafir ini sedar jika bangsa Melayu umat Islam ini taat berpegang kepada ajaran Islam, mereka tidak dapat menghancurkan walau sebanyak mana kekuatan tentera yang mereka ada.

Merdeka!!!

Apabila kita memulakan gerakan hendak merdeka, tahukah anda percubaan kali pertama oleh Tun Hussein Onn membawa orang Melayu sahaja ke England ditolak? British mensyaratkan jika kita hendak merdeka kita hendaklah membawa kesemua kaum yang ada di Tanah Melayu mengadap mereka dan memohon kemerdekaan. British juga mensyaratkan kita menggunapakai prinsip JUS SOLI... suatu prinsip yang membenarkan semua bangsa di Tanah Melayu diberikan hak kerakyatan yang sama. Apa akan jadi? Melayu akan hilang hak di tanah sendiri.

Atas kebijaksanaan pemimpin Melayu pada ketika itu maka baliklah semula Tun Hussein Onn ke tanahair dan memanggil lain2 kaum utk bergabung dan meminta kemerdekaan dengan menggunakan konsep yang lain yang dinamakan KONTRAK SOSIAL. Setelah selesai rundingan, dan atas busuk hatinya British, diperkenalkan pula MALAYAN UNION. Inti patinya tetap JUS SOLI. Ditentang Malayan Union oleh anak2 Melayu ketika itu seluruh Tanah Melayu. Mana kaum2 lain? Setahu saya TIDAK ADA. Akhirnya terbubarnya Malayan Union dan merdekalah Tanah Melayu tanggal 31 Ogos 1957.

Atas kesedaran pentingnya dijaga akan hak2 orang Melayu, agar terjaga dan tidak terlepas ke tangan orang lain. Maka Raja - Raja Melayu pada ketika itu mewasiatkan 7 perkara kepada bangsa Melayu iaitu...

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)"

Maka terciptalah Perlembagaan Malaysia dan dalam konteks ini artikel 153, Hak istimewa orang2 Melayu. Tapi sedarkan anda semua kenapa terciptanya aritkel ini? Atikel 153 ini??? Tak lain dan tak bukan untuk melindungi orang Melayu itu sendiri.

Antara syarat kemerdekaan yang saya acibet ramai yang tidak tahu ialah TIADA RUSUHAN KAUM SELAMA 10 TAHUN PERTAMA KEMERDEKAAN. Apa semua ini? Agar Melayu tidak akan terus merdeka kerana British dengan bongkaknya yakin bangsa Melayu tidak dapat memerintah negara sendiri. Alhamdulillah peristiwa 13 Mei berlaku 12 tahun selepas merdeka iaitu pada 1969.

Kenapa daripada mula kalau dibaca artikel yang saya tulis ini semua berkaitan dengan ilmu, kerana atas kekurangan ilmulah bangsa Melayu hilang pelbagai hak. Tahukah anda bahawa PERSEMPADANAN LAUT MENJADI HAK MUTLAK JIKA HANYA DIPUNYAI OLEH DUA NEGARA SAHAJA? Kenapa saya tekankan hal ini? British juga dengan liciknya menjadi dalang punca terkeluarnya Singapura dari Tanah Melayu. Maka SELAT MELAKA di bahagikan sempadan kepada 3 NEGARA. Maka kita tidak dapat hak sepenuhnya akan Selat Melaka kerana terkeluarnya Singapura. Inilah perlunya kepentingan ilmu.

Dalam Islam sendiri, ayat pertama yang turun ialah iqra' bermaksud, tuntutlah. Kendian firman Allah SWT dalam Al Quran bermaksud, "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Muslim"... sabda Rasulullah SAW (walaupun hadith lemah) bermaksud, "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

Kepentingan Ilmu menjaga Kepentingan (Survival) suatu Bangsa?

Mari kita ambil contoh Negeri Pulau Pinang. Menurut statistik, bagi negeri Pulau Pinang peratusan penduduk mengikut kaum adalah sebanyak


Jika kita lihat... wah.. ramai lagi Melayu kat Pulau Pinang tu hah... tapi kita lihat pula peratusan Melayu DALAM PULAU itu sendiri...

Kemanakah perginya Melayu Pulau Pinang? kebanyakannya sama ada telah kehilangan tanah, tidak dapat mengharungi cabaran arus pembangunan dan yang lain-lain sama ada menjadi gangster jalanan ataupun menjadi penguni di hotel sebelah hospital Pulau Pinang bernama Penjara Besar.

Kursus yang saya hadir dianjurkan sebenarnya oleh UMNO. Tapi saya bukan seorang penyokong UMNO.. juga bukan seorang penyokong PEMBANGKANG. Bagi saya tidak ada bezanya parti sama ada UMNO mahupun PAS. Kedua2nya diketuai oleh bangsa Melayu. Tapi kalau anda penyokong:


UMNO

- Dahulu pada masa zaman susah, zaman tak kaya, anak-anak Melayu boleh dihantar ke universiti2 dan diberi biasiswa. Sekarang ni dah zaman negara berduit, universiti banyak, konglomerat ramai, tapi kenapa anak-anak Melayu ditekan dengan bebanan hutang 4% PTPTN?

- Kebanyakan daripada pemimpin tertinggi kerajaan berasal daripada Utara tanahair. PM sekarang pun daripada Pulau Pinang, kenapa tiada Tanah Simpanan Melayu di dalam pulau itu sendiri?

- Kalau DEB itu bagus sangat dan boleh membantu melayu dalam projek2, kenapa terlalu banyak sangat projek terbengkalai dan juga diali-babakan? Kroni siapa yang dapat dan rakyat mana yang rugi?

- Sudah terhantuk baru terngadah... bila berkuasa dan tiada siapa persoal, Melayu dilupakan, tapi bila dah terancam, kekuasaan nak hilang, kenapa BARU CARI MELAYU?

PEMBANGKANG

- Adakah demi memenuhi tujuan memerintah, sanggup bersekongkol dengan kaum lain yang tak lain dan tak bukan hendak menjatuhkan ketuanan Melayu?

- Apa sudah jadi dengan negeri yang diperintah oleh pembangkang sekarang? Tak lain daripada kerajaan boneka rekaan kononnya membela nasib rakyat. Tapi rakyat siapa yang terbela?

Mungkin ada sesetengah berpendapat saya rasis tapi peduli apa saya? Niat saya cuma satu... bangsa Melayu, bangunlah memperkasakan ilmu. Jangan malas dan janganlah malu menuntut ilmu. Disebabkan ilmu bangsa maju dan cemerlang. Tanpa ilmu maka jadilah sebagaimana yang kita nampak sekarang... makin berani disentuh isu2 yang tak pernah ditanya... bukan sebab mereka yakin boleh menang tapi sebab MEREKA MEMANG BOLEH MENANG ATAS KEBODOHAN MELAYU DAN JUGA KURANGNYA PENGETAHUAN ORANG MELAYU SENDIRI.

Sebelum saya menghabiskan tulisan saya yang panjang ini, saya tertarik akan lirik lagu MAMA TOLONGLAH PERCAYA oleh exist iaitu

Lampu neon mentari limau mandarin

Terpulang pada cermin kanta kita

Dan bagaimana kita melihat

Awan rumput bunga popi mentega

Mata bukanlah adiotoriti

Untuk menentukan hakikat

Ah... kami dah sedar

Betapa peritnya merdeka kepada kami

Mama janganlah marah-marah

Mama tolonglah percaya...

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Setiap zaman harus ada cetusan tersendiri

Piring terbang lelayang burung garuda

Ada masa kita mereka-reka

Bosan dengan hidup yang nyata

Duyung pari-pari kuda unicorn

Tunduk selalu kepala ditonjol

Asyik dongak takut lupa diri

Ah... kami dah sedar

Betapa peritnya merdeka kepada kami

Mama janganlah marah-marah

Mama tolonglah percaya...

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Setiap zaman harus ada coraknya tersendiri

Mama Mama janganlah marah-marah

Mama tolonglah percaya...

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Setiap zaman harus ada coraknya

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Berilah peluang kepada kami

Anakmu sendiri

Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini sampai akhir... dan anda juga seorang yang berpengetahuan, dah tentu2 anda akan perasan yang tajuk tulisan ini ada kesalahan iaitu ATIKEL 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan bukannya Perlembagaan Malaysia...Jadi kita fikir-fikirkanlah sendiri...

daa

5 said something:

Anonymous said...

wow!mmg satu ilmu yg baru ni my king..

RIZAL@BUYONG.INC said...

terima kasih atas komentar anda :D

Anonymous said...

akan melayu hilang di dunia

RIZAL@BUYONG.INC said...

maksud Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan

- BERKETURUNAN MELAYU
- BERAGAMA ISLAM
- BERTUTUR BAHASA MELAYU
- MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU

jadi... Melayukah anda?

Unknown said...

owhhhhh rupanya si laknatullah(alfonso) tu la yang cuba nak curi mayat Rasullulah. YA ALLAH ZALIMNYA LAH ORG CHRISTIAN