CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 26, 2011

SUATU KETIKA DULU...

Assalamualaikum & greetings...

Masa memang cepat berlalu... dari kekanak ribena... ke alam remaja... terus ke alam kerja... dalam pada masa aku dok belek2 akaun ntah hapa2 yang pernah aku create... myspace lah... friendster lah... facebook lah... my fotopages lah... tetoibe aku terberhenti di satu ruangan yang aku beri nama "aku ngan kheja aku"... huh.. memang mengimbau kembali zaman silam tatkala orang lain sibuk dengan mencari kerja sana sini... aku dah menjadi seorang usahawan... (masa tu la)

gegambar yang ada semua diambil dari camera phone aku yg haram tak canggih masa tu...

inilah sound engineer terhebat yang aku pernah ada masa tu... Lan @ adik aku hahahaha

ini adalah ghupe opis aku kat Taman Bolton, Taman Sri Gombak

foto ini diambil pada masa konsert kumpulan nasyid Hijjaz di Padang Awam Kuantan 2003... banyak job yang aku dapat hasil dari industri nasyid pada masa itu... kalau nak diingat2kan boleh dikatakan setiap minggu ada saja kumpulan nasyid mengadakan persembahan di merata pelusuk Malaysia... at that time yang memang top adalah RABBANI, HIJJAZ, INTEAM, UNIC, BROTHERS, NOWSEEHEART, HUDA, SAUJANA dan bermacam2 lagi lah... ada 26 kumpulan kesemuanya yang aku memang tak ingat sekarang nih

gambar ni pulak diambil oleh adik aku (Lan) pada masa aku sedang mengejar van MB1400 rabbani... masa tu kalau salah tak silap aku perjalanan ke Kepala Batas... barang diingat... van RA Audio adalah Rusa 1.3 jek... hehehe... siap cucuk angin lagi time tu...

yang ni pulak semasa Hijjaz Live in Concert 2003... pada siapa2 yang beli Hijjaz Live in Concert, INTEAM live in Concert dan UNIC live in Concert... semua adalah hasil kerja produksi aku ketika itu... diorang asing2kan VCD... walhal sekali jalan jek... hahahahha... ops terlebih sudah

ni Salleh... salah sorang pekerja aku yg sangat berdedikasi... punyala penat punya pasai kerja nak siapkan album Sirah Junjungan sampai tertido kat lantai opis... dia tak sedaq aku amik gambaq... wakakakakaka

foto ni diambil ketika jamuan Aidil Adha tahun 2003 di rumah Dato Pa... ngeeeee

foto ini diambil time bila aku tak ingat... tapi 2003... kan manis klu siti bertudung sebegini sampai ke sudah.. sekrang nih... hurm...takmo cakap banyak sat lagi aku kena saman mampuih!


inilah keadaan stor di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh satu ketika dulu... sapa2 yang tahu pasal professional sound system mesti tau KF750 ngan SB700 tu menatang apa...

yang mengadap nama Shidi... yang mengiring nama Ejam...

yang ni nama Mie

yang ni pulak Own...



yang ni nama Mat Gigi.. badan ja macam ni tapi klu bab makan...AKU PUN KALAH

arwah Wak Asri bersama group Rabbani di suatu majlis meraikan pengantin di Bukit Sentosa suatu ketika dulu

yang ni kami buat setup karaoke 2 hengget di Pantai Teluk Kemang setiap minggu... gilos

yang depan tu SM Salim... yang bakang tu errr hehe


to the victor... to the spoiled!

huhuh... sangat nostalgik...

Wednesday, January 12, 2011

AKU TAK SEMBAHYANG TAPI AKU BERJAYA

Assalamualaikum wbt...


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Wassalam