CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 30, 2010

duit.. duit.. duit...kawen... kawen... kawen

assalamualaikum


perasan tak aku dah lama tak update.. ceh.. soalan utk diri sendiri dan dijawab oleh diri sendiri.. macam la blog aku ni orang baca... kah kah kah...

yish macamana aku nak start nih... dulu laju je idea aku datang... sekarang ni macam haram zade je aku nak menaip pun... tapi takpalah.. aku try jugak citer... aku nak mula dengan citer pasal semua orang harus ada.. tak ada susah... tapi kalau ada laaaaaagi susah.. apadia? DUIT..

DUIT
menurut kamus dewan...DUIT bermaksud kepingan logam (daripada emas, perakm tembaga dll) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu...

senang je dia cakap kan? tapi macamana nak dapat duit? mestilah nak kena kheja.. macamana nak dapat kheja? meh kita tengok kat bawah nih

macamana nak dapat duit?
KENA KERJA

macamana nak dapat kerja?
MESTI KENA BELAJAR

macamana nak belajar?
MESTI KENA ADA DUIT

macamana nak dapat duit kalau nak belajar?
MESTI KERJA atau MINTAK DENGAN MAK BAPAK

macamana kalau mak bapak tadak duit?
MAK BAPAK KENA KERJA

kalau mak bapak tak kerja?
HARAM TADAK DUIT

bila tadak duit cemana nak belajaq?
MEMANG TAK BOLEH (kata la aku gila.. tapi itu fakta)

kalau takleh belajaq?
PAKAI KEDERAT LA JAWAB... ITU PUN DIORANG TANYA, "ADA SPM?"

tengok kat situ kan.. jawapan berulang2.. kheja.. belajaq.. duit... tapi yang penting duit.. kot mana pun mesti duit.. nak pi kencing (tak kira la berdiri ka mencangkung ka) mesti ada duit.. duit pulak la ni bukannya makin besaq.. yaa.. gaji makin tinggi tapi KALAU NAK KENCEN PUN KENA BAYAQ SERINGGEET... GILA APA? tak pulak depa mai gosok pungkoq kalau dah habih berak... kot ada wangi lebih sket.. tandas ada bunga2 sket.. lampu malap ala2 romantik sket.. charge seringgeet... huh.. melalut sudah aku ke jamban...

kekadang aku rasa... aku rasa la...dan aku acibet (jamin) korang pun akan setuju... kita sekarang ni hamba duit... kan? kalau tadak duit tu.. ya Allah.. memacam nak buat takboleh... sampaikan... percaya atau tidak.. nak datang keje pun rasa macam musibat.. habitu sapa nak tuang minyak kat dalam tangki motor? nak ludah ayaq leoq? ala... naik bas pun.. nak pakai duit jugak.. kena bayaq paling bangang 1 ringgit... tu baru pegi.. tak balik lagi.. owh.. ada orang kata 1 ringgit boleh pergi dan balik.. fine.. sukati lah.. tapi TETAP KENA GUNA DUIT KAN? tapi sape yang ajar memenda ni semua jadi? kita sendiri jugak.. manusia... asal dari falsafah.. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA... asal buat bagi kemudahan orang ramai sket je.. charge cam haram jadah... mari kita lihat situasi berikut...

kerjaaan kata... KITA MESTI GALAKKAN RAKYAT GUNA PENGANGKUTAN AWAM
konon nak bagi kurang sangat la jem kat dalam bandaq.. meh kita lihat dilema orang macam aku yang cukup benci guna pengangkutan awam.. bukan sebab hina.. tapi rasa macam kena tipu.. aku dulu dari gombak nak ke tempat kheja mesti kena lalui situasi nih

bas rapid pegi balik ke stesen Gombak= RM 1.00
tambang LRT pegi balik = RM 2.70 X 2 = 5.40
pagi kena berebut dengan orang ramai.. kena coach ramai pompuan.. wangi.. ada pemandangan.. gesel2 sket.. terpegang (.)(.).. heavenlah.. tapi yang tak kira pulak nak kena beratoq panjang... pehtu berebut dengan orang... masa pulak jadi lambat... sebab... dari 7.45am nak ke opis aku santak ke 8.45am.. sejam tuuu... penat berjalan lagi lepas tu...

TOTAL COST = 6.70 sehari!

tengok tu.. sape tak bengkek... kalau ada kereta sendiri... dah tentu lah sama dengan petrol pegi balik.. tak payah berebut dengan orang.. jem kalu boleh pasang radio.. ada ekon... habih2 kuat.. nama jalan.. dari JALAN KUCHING bertukar jadi JALAN BABI... sebab asai lalu jalan tu mesti keluaq perkataan BABI... ah... peduli hapa... sama jugak masa perjalanan.. terus sampai ke opis.. takyah berebut dengan orang... kalau bawak moto.. LAAAGI JIMAT... ala.. tambah 180 ja sebulan bayaq installment.. takkan tak buleh

ada orang nanti kata.. kan boleh beli card rapid tu... yelah.. duit jugak.. tapi kalau terlepas bas rapid dari gombak? kena belasah amik teksi jugak kan? RM5.50 sehala... serupa jugak...

pehtu orang kata... ala sacrifice la sket.. bangun awal.. aku boleh jawab dengan selamba.. AKU PENAH BANGUN AWAL.. BAS SUKA HATI MAK NENEK BELAH ABAH TIRI TOKWAN SEBELAH KAMPUNG MAK DIER JE DATANG TAK IKUT TIME...kita tunggu depa tadak.. time aku dah amik teksi nanti kang 3 pat bijik lintas.. tak ke serupa lahanat?

habih kat situ.. santak hal kheja pulak... penah tak rasa kheja macam haram jadah... ganjaran tak setimpal pun... syarikat ada untung... tapi sebab ekonomi lembab... TIADA KENAIKAN... (ni untuk kakitangan swasta yea)... pehtu nanti tiap2 tahun kakitangan kerajaan melalak mintak bonus.. dapat pulak tu.. paling bangang sebulan..pehtu ada kenaikan gaji... yang kheja kat swasta ni telan ayaq leoq ja... sebab... TIADA KENAIKAN... pehtu bila ada bonus.. ada kenaikan gaji oleh kerajaan... TIBA2 PULAK GULA NAIK SEPOSEN.. gula naik seposen je sekilo... dah habis semua barang naik tiga pat posen... yang swasta ni.. "aduh.. nak kena buat part time pulak".. yang guna kederat dan tadak kemampuan nak buat part time? time ni la kita tengok banyak kes jenayah kecik seperti merompak dengan mencuri.. sebab apa? DUIT... takpun banyak pulak kes orang kena kurung dalam jamban (no offence) sebab hutang along @ ceti.... yang best tu kan.. aku penah baca satu berita yang seorang hamba Allah ni kena penjara dekat 6 bulan kot sebab curi tepong nak bagi anak makan... awat tuan hakim yang dok ada tu takleh nak bok keluaq RM2.50 utk sekilo tepong? yang tukang tangkap tu pun sama? bukan luak pun RM2.50 tu nak banding dengan maruah orang kena tangkap tu.. alasan.. "saya dah cuba cari kerja tapi tak diterima sebab saya tak ada spm..." nampak? betoi tak ceritera aku kat ataih tadi?

tetoibe aku teringat satu hadith nabi yang bermaksud, "akan tiba satu ketika yang para suami dan bapa sangat mengikut kata2 isteri dan anak mereka dalam hal rezeki, ingatlah.. kiamat semakin hampir" lebih kurang macam tu la hadith.. soheh.. cuma ayat aku tunggang terbalik sket.. kan ke sekarang zaman dah jadi macam tu kan? nak bangkang pun bangkang la.. tapi hakikatnya dah banyak dari dalam masyarakat dah jadi macam ni...

huh.. kenapa aku tulis pasai duit? sebab aku dah mula rasa tekanan pasal duit... tapi aku masih percaya.. rezeki yang berkat tidak akan menyusahkan aku insya Allah.. sedang orang yg gaji kecik dari aku boleh idup... takkan aku takleh...

tekanan yang macamana? tekanan dari segi nak kena selesaikan hal orang lain yang gagal mengurus kewangan last2 aku jugak yang kena... tak gheti nak pikiaq.. senang ja nak meminjam.. last2 aku kena setel.. tapi aku pun tekanan jugak.. bila aku pulak nak kena letak leheaq aku pinjam kat orang lain, bank.. bla bla bla.. tapi insya Allah.. mesti ada jalan.. walaupun lambat utk aku selesaikan.. yang cam lahabau @ lahanat.. orang yang memintak dan meminjam kat aku tu tak gheti2 nak sedar... mesti ada orang cakap... "ah pedulikan aje dia"... memang senang.. tapi kalau dah darah daging? nak aku tak peduli? susah untuk jawab kan?

agak dalam 2 minggu dulu aku ada sembang dengan member aku ayen panje.. pasal apa? pasal duit jugak... tapi ni masuk sekali dengan masalah kawen.. haaa... jeng jejeng

KAHWIN dalam kamus dewan bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan untuk menjadi suami isteri...

tapi untuk kawen mesti ada apa? DUIT kan? ramai yang mengeluh susah nak kawen sebab memacam halangan.. yang terbesar... pasal duit.. mana nak pikir hantaran, sewa itu sewa ini... kenduri lagi.. photography lagi.. arrghhh penin penin penin.. tapi ramai yang tak pernah pikiaq nih...

syarat sah nikah
1. pengantin lelaki
2. pengantin perempuan
3. wali
4. saksi
5. ijab dan kabul

dan dalam ijab dan kabul tu dinyatakan pasal mas kahwin.. tadak pulak sebut pasal HANTARAN KAN?... wah.. garang gila aku.. tapi sedarkah korang bahawa sebab hantaran lah ramai pasangan tak kawen.. sangguh dok sama.. tanpa ikatan yang sah... jolok sana.. korek sini.. dah dapat anak tak sah taraf... pehtu dera... pehtu mati.. pehtu masuk paper.. pehtu pakat salah sana sini... wah! drama...

sebenaqnya kan... kita sekarang ni kebanyakan guna falsafah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA... tak ada nawaitu yang betul dan baik pun... pasaipa aku cakap macam tu sebab masa aku ambil keputusan nak kawen dulu... senang ja rezeki Allah bagi kat aku supaya aku dapat langsaikan segala yang terkusut dan tak cukup... tapi aku belum diberikan rezeki oleh Allah seorang isteri.. sebab tu la tak jadi kawen.. hahahahaha.. padan muka aku... tapi takpa Allah Maha Adil.. mesti ada sebab aku jadi macam ni (ceh.. dah nakai tahap jin aprit lagi mau tanya)...aku percaya apa yg aku kata ni ramai yang setuju.. bagi yang perkahwinan bahagia dari awal hingga sekarang mesti setuju menyatakan DUIT bukan segala pun.. yang penting NAWAITU yang ikhlas... insya Allah mesti Allah tolong... nikmat Allah kat bumi utk semua makhluk..

jadinya.. aku nak bagitau kat orang yang sukaaaa sangat tanya kat aku "BILA NAK KAWEN?"... bukan aku tanak.. tapi mungkin ini ujian Allah kat aku... ada couple.. dah ajak kawen last2 tak jadi... ada tunang pun last2 tak jadi.. semua ujian.. sekarang ni... dah ada couple pun... bila tanya masih berdiam diri... maksudnya apa? NAWAITU masih samar2... kalau tanya aku.. sapa yang tanak dapat pahala ibadah berganda?

haiz...

salam...

Monday, May 17, 2010

seloka jepun attack malaya - tribute to pak ku syahadat

hai jepun perintah pulak 3 tahun 8 bulan
susah nak minum makan dan jugak pakaian
sama orang lelaki dan jugak orang perempuan
dimakan ubi kayu.. cecah dengan manisan

hai jepun langgaq tahun ampat puloh satu
banyak orang puteh lari tak tentu kalu
masuk segenap dalam lubang kubu
kerana dia takot.. senapang dengan peluru

hai jepun masuk jalan negara siam
jambatan titi omputeh habih dia bom
segala gudang2 jepun habih dia hentam
pemerintahan jepun sangatlah kejam

hai jepun masuk jalan padang besaq dan changlun
puak jepun datang ramai berduyun duyun
padi beraih hak kita dirampaih di samun
banyak rakyat makan ubi dengan timun

hai pergadohan jepun dengan barang perniagaan
jepun jual sangat moghah mangkuk dan pinggan
bertengkaq berbalah sampai pulak bergadohan
akhir2 rakyat jugak mendapat kesusahan

hai jalan padang besaq mari jepun
naik kheta pi asap berkelun kelun (banyak)
hukuman jepun pulak macam penyamun
salah tak salah.. hai disepak dibalun

hai jepun masuk nak perinta tanah malaya
cina siam melayu pakat takot belaka
kerana dia sangat keghaih kepala
padi beraih hak kita.. dia ambek saja

hai tahun ulaq kecil jepun masuk
bila berjumpak jepun kepala kena hangguk
dia tak kira korporat tak kira datok
perangai jepun.. semacam dengan beghok...

hai hari isenin jepon mulai masuk malaya
datang berduyun2 masuk dengan segera
jepun marah kat orang puteh kerana meniaga
orang puteh hentam.. kepala tokeh chiba (jepun)

hai mola2 tokeh chiba mejual kueh sepit
harganya satu keping satu duit (1 sen)
dalam kueh sepit ada cincin kunin meghelit (bersinar)
dengan budak2.. habih dia kutip duit

hai jepun dah sampai pulak di Kepala Bataih (batas)
peluru dan senapang semua dia galaih (galas)
orang puteh lari yang sangat deraih (deras)
jikalau dapat tangan dia.. nyawa pulak ghentaih (rentas - putus)

hai jepun dah sampai pulak dipekan aloq setaq
pakat takot lari terketaq ketaq
tak kira tua muda kecil dan besaq
kita tak hangguk kepala.. dah kena penampaq

hai melayu dan siam pakat banyak makan ubi kayu
padi dan beraih habih dia sapu
siapa buat salah dia hentam dengan peluru selalu
ditanam selubang hindu (india), cina, melayu

hai jepun suruh pakat usung kayu
jika tak larat usung dia buang satu satu
dia suruh bawak jugak dipukul dipalu
ada setengah orang.. mati pulak disitu

hai selama jepun perintah pulak 3 tahun 8 bulan
banyaklah rakyat mendapat lagi kesusahan
susah mendapat minum dan jugak makan
kena pakai sarong guni.. buat tudung kemaluan

hai hukuman jepun rakyat semua takot
kalau buat salah dibagi minum ayaq di pijak peghot (perut)
nyawa pulak jadi naik pasang surut
terkadang2 nyawa teruih tercabot

hai rakyat yang salah disepak kancing
kena sekali terberak terkencing
mata keluaq api hijau dan kuning
perot senak.. kepala naik pening

hai jepun dia kerah rakyat membuat jalan
kena masuk segenap kedalam hutan
mau tak mau dia hukum paksa kan
ada yang mati dengan kerana kelaparan

hai zaman jepun takdak ada banyak sekolah
saya mengaji kat rumah lebai Lah
disitu pulak tak dikira darjah
boleh baca quran.. dia kata "sudah lah" (ok la tu)

hai zaman jepun ada banyak penyakit
nyamuk tuma semua dia gigit
kudey (kudis) buta cabok dikulit
tak dak kelambu secarek rabit

hai zaman jepun tadak pulak guruih api
dibelaga batu dengan besi
bagi masuk habok dudoq yang kering sekali
ditepok dipetik.. keluaqlah api...

hai pemerintahan jepun sangatlah keraih
kalau buat salah dia tangkap berkaih
disuruh pulak menyangkoi bataih
dia bagi menom ayaq.. dia jemoq panaih

hai jepun masuk dengan serentak
barang pakaian kesemua tak dak
perangai jepun macam kelaku budak budak
kita salah sikit.. dia pasang pulak penyepak

hai percakapan jepun sangatlah susah
apa dia kata kita tak paham sepatah
dia kata "kroh kreh wah kruh krah"
kita jawab tak jawab.. jadi serba salah

hai loghat bahasa jepun bunyi macam kera
"kroh kreh wah kruh krah" kita kena hangguk kepala
jika tak hangguk dia kata kurang bahasa
kena penyepak dia dah sakit tak sanggah

hai kita tak boleh pulak pergi ke sana sini
tadak kain kena pakai sarong guni
habih ke semua anak dan bini
kena duduk pulak ditempat yang sunyi

hai tahun kegha (kera) jepun sudah pulang
kerana dia kalah masuk menentang berperang
orang puteh hantaq balik dengan kapai dan tongkang
tenggelam ayaq laut.. mampuih terkangkang

hai amarika bom pulak di bandaq hirosyima
banyak yang mati lagi yang jantan betina
termasuk jepun hindu dan cina
yang mana mampuih.. mulut ternganga

hai habihlah kisah jepun yang ampunya ceritaaaaaaaaaaaa.....

Tuesday, May 11, 2010

FUNNY

INSTRUCTIONS: Go to www.urbandictionary.com type in your answer to each question in the search box, then write one definition it gives you.

AND THESE ARE MINE... HEHE.. CAMCHI!!!

1. Your name? rizal
A Pedophile, someone who likes to obsess over under aged people.

2. Age? 32
quart of beer or malt liquor

3.One of your friends? fuad
Acronym for "Fucked Up And Die", as in "let's get FUAD". Most commonly know from the Motion City Soundtrack song, LG FUAD

4. What should you be doing? working
A term to describe the tedious and boring indentured servitude that most people are forced to endure to get money. Generally, not a pleasant experience.

5. Favorite colour? white
Contrary to popular belief the word "white" is not a racial comment or slur

6. Favorite number?8
8 is the answer every engineer gives when he has no friggin' idea of the solution to a problem

7. Month of your birthday? october
the birthstone for this month is Opal, but there is also a cheaper Rose Zicron.

8. Last person you talked to? adreena
Part of British Rock band "Daisy Chainsaw" and "Queen Adreena" described as "artsy" and "slightly odd", which makes her music all the more delightful. Has the enviable talent of going from true metal scream to soft angellic and ghostly tones. And inspiration, and also seen as a contempory of the riot grrrlmovement

9. One of your nicknames? jan
Someone with and incredibly enormous p***s. This person is usually good at most things and is smart. He is totally rad when it comes to chicks.

10. What are you wearing now? shirt
"shit" without the "r"

11. Your pet's name? roger
It is also commonly used to describe the taking of a woman from behind.

12. What you did last Friday? dvd
Swedish slang for "yo bet ya" or simular to "You can count on it"

13. Your Zodiac Sign? libra
"He who can charm the birds from the trees, and pull you into his seas."

14. The last 3 digits of your cellphone number? 098
Another word for a ghost, especially a friendly one

15. Your fantasy nickname? kanda? hehe
A sexy kind girl who dresses in black but not goth she has many friends and makes them easy she is normally in love with some one name justin there attracted to people with that name

16. Your favorite clothing brand? cap ayam... hahahahaha
boobs..!!

17. Where you work? kuala lumpur
The Drinking Club with the Running Problem

18. What day is it tomorrow? wednesday
The day after Tuesday and before Thursday

19. Your favorite smell? tropical breeze
While revieving a blumpkin a male farts and the resulting air rolls off of the water like a warm tropical breeze
.
20. Your favorite food? vadeh
vadeh isn't defined yet