CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 27, 2010

Ferrari For Sale - credit to Atie Zainal

the picture describes all!!!



Monday, November 1, 2010

Aku seorang yang bertuah

Assalamualaikum & greetings


Kadang2.. orang yang paling kita sayang itulah yang paling susah untuk disayangi.. memang betul.. dan ada jugak salahnya... sebab... kalau kita yang susahkan diri untuk menyayangi orang yang kita sayang... memang padan muka la kan?

Dalam aku sedang hangat bercinta nih (hahaha), tak kurang jugak yang bertanyakan kat aku seperti contoh: -

"nape ko pilih dia?"

"single mum weyh.. banyak tanggungjawab tu"

"ang tak rasa menyesai ka?"

"hoyo... buy one free two"

hurm... sangat menyakitkan hati kan bila baca soalan2 seperti di atas?

well ini jawapan aku kepada soalan...
"nape ko pilih dia?"

bagi sapa2 yang tanya soalan ni jawapan termudah aku adalah INI SEMUA KETENTUAN ALLAH BUAT AKU... hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku... bila aku jawab macam ni... ada pulak yang kata jawapan aku tu sangat senang..

yup memang senang utk memudahkan orang yang berotak singkat punya pertanyaan... tapi tahukah anda bahawa untuk menyerahkan soal jodoh kepada yang di Atas bukan senang...atas sebab ego seorang manusia.. inilah yang terjadi.. mesti nak yang cun.. mesti nak yang cantik.. yang hensom.. yang kaya.. yang ada harta.. tapi itu bagi yang tingkatan imannya lemah...tapi sedarkah jugak bahawa hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk kita? kita selalu meminta itu dan ini dari Dia.. kita juga selalu mintak yang terbaik dari Dia.. bila Dia bagi yang terbaik kenapa kita hendak menolak? kan ke bangang punya soklan tu kan?

pehtu ada pulak orang tanya...
ang dah tau ka dia suka apa?
ang tau ka perangai dia macamana?
ang tau ka kawan2 dia sapa?
ang kenai ka family dia?

ang... ang.. ang... wallaweh.. banyak sungguh soklan... bagi aku... kalau dah suka akan seseorang secara tidak langsung aku mesti tahu akan kesukaan dia.. kalau aku tak tahu.. aku mesti akan observe.. yes permulaan memang aku tak tau apa2.. in fact semua orang tak tau akan kegemaran pasangan masing2 masa mula2 berkenalan kan? ada yang tak tau apa2 sampailah dah lepas nikah.. ini khas ditujukan buat para ibu bapa / orang dolu2... tak tau apa2.. tapi kekal jugak sampai liang lahad kan?

jawapan yang pasti adalah aku sangat senang akan dia... melihatkan dia penatku hilang... poyo? aku rasa tak kot... habihtu kita nak cari yang macamana? lihat akan pasangan memasing terus jadi tension? cantik, seksi, bergaya, mutu, ketunggulan tapi asal jumpa jek tension...baik tak payah ada couple macam tu...

secara luaran memanglah orang yang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin ni sangatlah kasar... lebih kepada perangai jantan... orang tengok pun boleh meluat... tapi secara halus korang tak pernah pulak teliti akan kebaikannya... aku saja nampak akan kelembutan dia... dan alhamdulillah.. telahan aku ternyata benar... layanan dia kepada aku... hurm.. takyah la cita kat sini.. hak milik kekal aku yea.. ehhe (insya Allah)

"single mum weyh.. banyak tanggungjawab tu"
ini jawapan aku...

kalau anak dara sekalipun... awat esok2 ni tadak tanggungjawab yang perlu dipikul? seronok bila tahu status pasangan itu belum berkahwin.. tapi zaman sekarang nih... berapa ramai yang belum berkahwin menjaga tatasusila memasing??? aku bukan nak kata aku ni baik.. aku pun nakal.. tapi atas soalan yang typical melayu tok tok nih... itu je jawapan terbaik mampu aku berikan...

sedar tak korang bahawa nabi SAW pernah bersabda akan kelebihan pahala diberikan kepada orang yg mengahwini single mum? aku heran zaman sekarang ni pun masih ada lagi orang berpikiran tipikal akan hal ini... soklan aku pulak... takde pulak orang nak buat hal kalau single dad yg nak kawen kan? asal pompuan jek mulalah bising itu ini...

pasal tanggungjawab tu insya Allah aku akan lakukan sebaik mungkin untuk pastikan bakal isteri aku, anak2 kami dan bakal anak2 kami cukup makan, minum, pakai dan juga ada tempat tinggal... yang lain2 tu aku berserah pada Allah.. Dia tak zalim....

"ang tak rasa menyesai ka?"
hahahahaha... boleh tak aku jawab macam tu?

manusia mana yang tak harapkan perkahwinan yang bahgia... penyesalan tak ada dalam kamus hidup aku... dah ketentuan Allah atas apa jua yang terjadi...

suatu ketika dan tiap ketika aku selalu berdoa supaya Allah kurniakan seseorang yang boleh menerima aku seadanya.. menyayangi aku tanpa mengira akan rupa, harta dan kedudukan aku... aku berdoa supaya Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku yang pada tiap ketika aku boleh merindui akan dia, senang akan kehadiran dia, hilang akan segala penat aku bila terpandang akan dia, boleh berbincang dengan aku dalam apa jua hal termasuk hal agama.. faham akan kerja aku...

penantian aku cukup lama.. alhamdulillah sekarang aku dihadirkan oleh seorang yang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin... tidak aku sangkal bahawa jodoh itu ketentuan Allah.. dan kalaulah esok ni ditakdirkan jodoh aku bukan dengan dia.. aku kena terima itu semua kerja Allah.. kita tak tahu apa yg bakal berlaku.. kalau kita boleh tahu akan masa depan.. semua manusia akan menjadi gila.. kan?

"hoyo... buy one free two"
antara statement yang paling koangjaq aku pernah terima... orang yg buat statement ni memang tak bersyukur, ego dan sombong di bumi Allah..

memang secara express aku bakal menjadi suami, bapa (walaupun bapak tiri) dan jugak ketua keluarga... tapi korang dapat tak pengalaman macam ni

1. dapat tengok anak2 aku bersunat tanpa menunggu paling cepat 5 tahun? aku dapat... sebab amirul & danial dah selamat bersunat 30 oktober 2010 nan lalu... korang?

2. tak gelabah untuk tahu akan apa nak dilakukan bila dah berkahwin dan bila ada anak... korang?

3. dijaga dan dibelai dengan amat baik sekali... tak payah nak penin ajaq... korang?

4. sungguhpun nampak kasar dan brutal... tapi kelembutannya aku ja tau.. korang?

5. pahala besar menikahi single mum... korang? aku bukan nak berlagak.. tapi yang suka keluarkan statement sebegini layak ke nak tanya kat aku?

kesimpulannya.. walau apa jua cabaran yang bakal aku terima.. aku yang perlu hadap... bukan korang yg bertanyakan soalan di atas... kan? dan secara bangga aku nyatakan yang...AKU SEORANG YANG BERTUAH dihadirkan seorang bernama Siti Noor Zaliza Kamarodin

doakan kebahgiaan kami... amin

p/s i love you sayang... more than you know it...

Thursday, October 21, 2010

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.
Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Saturday, September 18, 2010

moga apa yang dirancangkan dimakbulkan Allah

assalamualaikum & greetings...


kata orang... orang yang paling kita sayanglah paling susah untuk disayangi (amik tagline citer sepi)

malam 28 ramadhan
"kamu ni betul ke suka akan anak makcik nih? dia ni kasar, anak2 dia macamana pulak?"

"insya Allah makcik, kalau saya main-main dari awal-awal lagi saya takkan jumpa dia dan takkan saya jejak kaki ke rumah ni.... saya memang sayangkan dia"

"jangan kamu suka mak je... anak2 dia pun kena terima jugak, mak kamu macamana? makcik taknak teruskan kalau tak ada restu mak ayah"

"atas sebab inilah saya datang sini makcik, untuk memberitahu makcik yang saya akan pulang ke Penang dan memberitahu akan perkara ini kepada mak saya..."

"I pun tanak teruskan kalau your mum tak restu"

petang ramadhan ke 29, lepas asar
"mak... mai sini sat"

"jan nak cakap apa dengan mak... jan la mai sini"

(bodo jugak aku kan... dah nak cakap dengan mak aku... kena la pi kat dia kan?)

"mak, jan nak bagitau mak pasai jan.. jan nak kawen..."

"dengan sapa? nama apa?"

"nama dia siti noor zaliza mak... ala yg nama niki yg bagi kat mak hamper tu... macam ni mak... dia kheja kat KLCC, bvalgari to be precise...orang cheras... kampung asal dengkil... dia bukan macam perempuan2 lain yg jan pernah bagitau kat mak... mak pun tau jan macamana kan? kalau jan tak betoi2 suka kat dia... jan tak cerita kat mak... mak pun tau kan jan punya experience yg lepaih2 macamana kan? tunggu kemain lama... last2 haram satu apa pun tak jadi... tapi kali ni... niki yg jan jumpak ni lain dari yang lain.. dia single mum of 2 sons... umoq 34... dan sepanjang relationship jan dengan dia pun dia tak pernah susahkan jan at any time... kami confess suka akan masing2 pada hari jumaat pertengahan ramadhan haritu... "

"single mum? dia bercerai hidup ka mati?"

"bercerai hidup mak... tak payahlah jan cerita kat sini tapi kalau mak ada kesempatan nanti mak baca la dia punya notes dalam facebook... jan bukan nak sebelahkan dia ka apa tapi mak boleh tanya yon yg dah baca notes tu..."

"dahtu nanti anak2 dia macamana? nanti exhusband dia nak anak2 dia balik macamana?"

"anak2 memang dengan dia mak... dah 8 tahun dah bercerai... sebenaqnya semalam sebelum jan balik penang.. jan jumpak mak dia dulu...dia ngan mak dia cakap yg kalau mak (mak aku) tak restu.. depa pun takmau nak teruskan... sebab depa kata kalau tadak restu mak bapak... nanti kahwin tak berkat... jan pun takmau hidup jan tak berkat... jadi jan nak mintak restu mak untuk kali ni..."

"hurm.... nanti kalau di larang jadi apa2 susah pulak... ok lah kalau macam tu.. TAPI... mak nak pi tengok dulu..."

"bila?"

"cuti sekolah lagi sekali"

"bila?"

"bulan 11 la.. isk... banyak tanya plak"

"terima kasih mak..." (sambil salam tangan ngan chom pipi mak aku)... sangat bukan aku ok...

syukur alhamdulillah atas apa yg dikurniakan oleh Mu ya Allah... moga2 menjadi akan jodoh kami...

aku pinta pada semua yang mengenali diriku.. tolong doakan kami... agar kami dapat kami layarkan bahtera hingga ke liang lahad dengan penuh rahmat dari Nya...

aku RIZAL BIN ZAIDI sangat menyayangi dirimu SITI NOOR ZALIZA KAMARUDDIN @ NIKI

tiba2 nak nyanyi lagu nih..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

ngeeeeeeeeeeeeeee....

(tu lagu yg niki hantaq kat aku... lagu aku plak...)

hadirnya bak hembusan bayu
meniup lembut dan mengusik kalbu
terbuai lena hingga terlupa
semuanya ditelan masa

namun ada yang memelihara
bunga2 cinta disemai dijaga
kerna percaya pada kembangnya
yang akan mewarnai dunia

cinta...
tersematkah di istana janji dua jiwa

cinta...
terleraikah diantara kaca dan permata
atau saksi buta
rintihan hamba di malam yang gelap gelita

mungkin bukan cinta biasa
bukan jua helah pendeta
yang memuja dan terkecewa
tanpak kabus dipinggir senja

terleraikah segalanya
suatu misteri didunia yang fana
namun harus dipelihara bukan sementara tak mengapa..

cinta...
tersematkah di istana janji dua jiwa

cinta...
terleraikah diantara kaca dan permata
atau saksi buta
rintihan hamba di malam yang gelap gelita

yang tiada pernah memungkiri janjinya
yang kekal untuk selama-lamanya...

dah... aku takmau melalut lagi dah

Wednesday, September 1, 2010

Aku Cinta Padamu... sungguh...

assalamualaikum...


Syukur padaMu ya Allah, betapa besar dan agungnya nikmatMu, yang memberikan aku jalan dan juga membuka pintu hati yang tertutup untuk bercinta lagi... wah... macam terkejut je kan aku tulis nih... tapi memang betul... perkara jodoh dan ajal memang satu perkara yang telah ditentukan di loh mahfuz yang kita sebagai manusia tidak boleh mengelak...


aku bersyukur kepadaMu ya Allah, dalam tara aku yg gemok, pendek, itam, mata empat, bodo plak tu... masih ada yang sayang pada aku... isk... then korang mesti tanya kan apa jadi kesah yg tahun sebelum ni... jawapan aku setakat ini adalah ADA AKU KESAH? ... agak kejam jugak bunyinyakan? tapi... huh... sesungguhnya aku sedang berpuasa dan aku tidak mahu berkata2 lebih sat lagi jadi fitnah... tak pasai2 aku jadi batu api... wakakakakakaka


betoi kata orang tua2... dari benci (meluat) jadi suka... pehtu sayang.. pehtu cinta.. wuuuih.. awat aku nih... last 6 weeks adalah hari yang penuh bermakna untuk aku.. why? aku ditemukan oleh Allah swt seorang insan yang suka dan sayang kat aku atas sifat aku sendiri... tidak ada hipokrit... dari mula aku meluat dengan mulut bisingnya sejak dari pertama kali naik kereta bersama2 aku, fendi.. errr lagi sapa haa... aku tak ingat.. then bila aku perhati2kan... rupa2nya ada kelembutan disebalik kasaqnya orang itu...ada ketelitian dalam setiap tindakan.. ada manja dalam kasarnya pertuturan... haaa macamana tu kan?


dari hari pertama aku tengok... aku suka dan aku terus rasa seperti budak2 kecik yang dapat satu hadiah yang sangat di tunggu2 dan bila dapat bungkusan tu.. budak tu akan memerhati dan membuka dengan penuh debaran.. haaa... macam tu la teruknya aku rasa pada haritu.. sapa yg perasan mmg akan kata aku gila... siap kuaq peluh jantan.. nasib baik tak basah.... BAJU LAH! tapi aku pendamkan aje sebab... aku tanak nanti orang kata aku rebound.. aku memang masa tu baru je lagi errrr how should i say... breakup.. sebab.. tanak citer.. bulan posa.. nanti la aku citer...


dari sehari ke sehari.. perasaan itu semakin mekar... ada ketikanya rasa macam putus asa pun ada jugak bila orang tu suka kat orang lain... huh.. tapi apa kes aku nak cepat kalah kan? bukan aku la... tapi aku ni jenis ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS... aku tak pandai nak guna kata2 manis... tindakan aku je yang secara simple menunjukkan aku care to the person... tapi kalau BANGANG TAKMAU NAK PAHAM... DAN TAK GHETI NAK APPRECIATE...GI MAMPOS LAH ops.. posa.. lupa plak... astaghfirullah


tanggal hari jumaat nan lalu (27 Ogos 2010)... sehari lepas besday mak aku @ cikgu robiah... secara senang dan terbuka aku luahkan apa yg terbuku di hati aku pada orang tu... Alhamdulillah... dia terima... dan dia juga ada rasa yang sama.. (tu pun lepaih aku pi penang.. dok jeuh sket dari dia... kalau tak.. idok le.. ekekekekeke)


dari panggilan aku, ko... sekarang dah daling maling... wakakakakaka... dan aku syukur masih ada yang menerima aku seadanya..


doa aku pada yang di Atas...


Ya Allah ya Tuhanku...

jika telah ditetapkan dia jodohku

dekatkan hatinya dengan hatiku

jika bukan dirinya untukku

jauhkan hatinya dari ku

agar tidak terguris hati mana2 pihak ya Allah

sesungguhnya aku sayang padanya

amin


ini janjiku padamu... aku terima dirimu seadanya... kita cuba bina perasaan ini hingga akhir hayat semasa senang (memang senang kalau senang) dan jua semasa susah (bab ni kebanyakan orang kantoi)...


orang itu adalah niki @ siti noor zaliza kamaruddin...


dah... aku tak larat meroyan dah


sila baca titipan ilmu yg aku copy and paste dan aku pasti ramai penah baca tapi sebagai insan.. kerap terlupa...


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


wassalam

Sunday, July 25, 2010

aktiviti bengong aku (23/7/2010 - 24/7/2010)

Assalamualaikum and greetings

huh... lama rupanya aku tak merapu dalam blog aku sendiri ni kan? nohorom betoi... tahun sudah punyala banyak post aku.. tahun ni ciput ja.. dah lebih setengah tahun tu.. cet!

takpalah... aku rasa macam senang ja sket arini... so here goes..

23/7/2010
harini Khairin jemput aku mentekedarah buffet kat Pullman Lakeside Putrajaya (yang sebenaqnya aku paksa dia belanja aku ahahahahahaha)... dah nama orang pangkat besaq kat putrajaya kan? aku pun apa lagi.. menggunakan peluang yg sedia ada utk menyusahkan kawan2 le ahaks.. untuk menyusahkan beliau lagi.. aku ajak sekali zurimie ngan salleh.. 2 beruang kutub ngan sekoq cipan angkasa... tak dinafikan pullman memang sebuah hotel yg cantik.. (errr sebuah ke?).. dengan design yg ala2 rumah tumpangan cap ayam.. eh silap... design ala2 klasik tapi kontemporari.. (sorry tak amik gambaq).. hotel tu memang boleh menarik minat siapa sahaja.. termasuklah tapir uganda...satu ja yg bermain dikepala batu aku... "banyaknya memenda kayu.. sok maintenance kompom mahai gila..."

we had an international buffet.. japanese (sushi and such), malaysian, western, babi beratoq.. eh.. barbeque.. and lots of fruits and sekerim to be choose from.. the only set back was their otak-otak (not brains yea anak2 sekalian)... and their fresh orange.. not that fresh and the otak-otak tasted like terlebih tepung.

sambil2 dok mentekedarah tu.. aku sempat lagi berbisnes dengan khairin dan jugak salleh.. tengok la nanti kalau menjadi akan aku war2kan apa jenis bisnes... zurimie time tu aku rasa dah macam orang badwi termasuk dalam peti ais dah.. almaklumlah... badan kurang lemak macam aku mana tahan sangat ekon.. lagipun dia dont know sepatah haram apa yg aku dengan salleh + khairin bincangkan...

9.45pm tet tet.. tet tet.. message masuk tanya pasal jadi ke idak aku gi amik niki... aku cakap lagi 15 minit cetu....icha plak dah menjampah tunggu... kensel takmau pegi dah...sembang punya sembang... siap terlajak cukup... dah 10.20pm... dapat msg lagi kata tunggu kat rumah.. zas!!! berdesup aku blah... khairin tumpang aku balik.. bini dia dah tidoq.. tak larat nak amik jeuh2...

underwear. eh.. on the way balik tu buleh plak jalan jem... ingatkan road block je.. eskiden ke... sekali hamik ko... ada kenduri kawen pasangan sehati sejoli Sek Ren Jenis Kebangsaan Tamil Vevakenandei... (sekolah ni aku reka jek)... aku rasa macam lalu highway Tamil Naidu je malam tu... banyak betoi sari... kain pulaikat.. dan jugak sireh...

dah lepas jem tu... hantaq khairin pi lrt dekat2 area cheras (shit... short term memory lost plak... tak ingat nama stesen)... haa.. ingat dah.. stesen bandar tasik selatan... berdesup nak pi rumah niki... ikut jalan dalam... harapan cepat sampai (aku time tu dah lewat sejam 15 min... ) sekali.. jem lagi.. aku pun heran.. awat pulak jem area dedekat stadium cheras.. sekali bila aku ingat2 balik.. NOHOROM.. uptown baru la kat situ.. ada acara melingkupkan duit memasing rupanya.. ades.. bila sampai rumah niki... aku dah lambat sejam 30 min.. hangkut dia pi taman tun jumpak beruang lagi 2 ekoq dengan ketua darjah 1 kunin... (fendi, meng ngan elyssa)... sembang merapu... dan jugak acara akad jual beli kamera antara zurimie dan niki... aku pun hantaq la niki balik rumah dia kat cheras... pehtu balik

balik tu fendi suh singgah bamboo in.. cuci mata lihat (.)(.)... tapi tak ramai sangat...

on the way balik (kali ni bebetul balik yea) zurimie bleh plak kata, "weyh aku lapaq lah... jom makan?"... aku ok jek.. tangki besaq la katakan... total kilometer aku haritu 134km

24/7/2010
pagi2 lagi dah bangun sebab nak kena pi fetch tunang zurimie, nadia, kat kandang harimau.. eh.. maybank training centre (maybank kan lambang harimau?)... dari kota damansara ke bangi aku ikut highway.. malas nak ikut jalan bawah... peh amik tu dok sembang2 pasai nostalgia zaman kekanak.. ehehe.. antara permainan yang menjadi igauan time aku budak2 dulu adalah

cabak - sejenis permainan agak ganas dimainkan seramai orang mungkin... undang2.. sapa dapat bola... dia mesti tuju (baling) sekuat2 hati kepada orang terdekat... sapa yg terkena balingan.. dia pulak kena buat benda yg sama... bola yang digunakan adalah bola tenis... yang serupa celaka tu adalah... BILA BOLA TENIS TU DICELUP DALAM AIR PARIT... lagi itam pekat berbau lagi bagos...tak ke macam haram? lepas main anda akan berasa PERIT, PENAT DAN BUSOK

toi - galah panjang (sapa tak tau meh aku star light kat dahi)

lumba bot dalam parit - buat kapal2 kecil dari kertas.. cari parit yg air deras.. lagi best main time hujan (anda busuk)...

kami lunch kat ampang young tou foo... kegemaran aku dari dulu... zurimie dan nadia telah menganiaya aku dengan mengoder bebanyak.. tapi aku kena perabih... tapi takpa.. aku tak suka membaziaq rezeki.. arwah maktok aku (damm missed her).. pesan... jangan membaziaq rezeki.. sat lagi memenda makan tu suma mengangis... isk...

sambil makan tu message ayen dan dengan selamba mendapat caci maki terbaru dari beliau yg sangat jeles tidak mengajak utk lunch sekali.. takpelah ayen.. lain kali ada lagi...

lepas lunch.. kami pi tengok wayang sorcerer's apperantice @ cineleisure the curve... sebelum tengok wayang nadia nak beli spende... aku apa dulik.. aku tengah cari hadiah utk vinie.. dapatla tissue despenser lambang darlie... tak perasan tulisan tu "darling" instead of "darlie".. aku beli la jugak t shirt kaler purple size M kat dia.. ehhe... nak kata sangat best movie tu tak la jugak.. aku bagi 3.5 bintang dari 5... elemen surprise tak berapa ada impact sangat kecuali masa burong empire states building tu bleh gerak2.. sangat mengujakan.. kalaulah aku ada burong tu.. dah tentu aku jadi mangsa makanan beliau yg tidak tahan akan lemak berkerim di perot aku nih...

habis wayang.. pi hantaq zurimie kat mont kiara... aku pun gerak ke puchong sebab tak sabaq nak jumpak vinie for the 1st time... ada majlis sempena birthday dia time tu... (psst psst birthday dia esok - 26/7/2010)... birthday yang ke seratos empat puloh semilan (PANG!).. eh silap.. 27tahun... jumpa tu.. hualamak.. sama tinggi dengan aku la.. ok la kan? she's cute.. tak cantik sangat.. nampak kasar.. tapi dalam aku rasa dalam hati ada taman kot?

lebih kurang mentekedarah 11 course baba nyonya cuisine kat bibi wok bersama2 sunny, gf dia, kadae, simon.. yang lain aku tak recall.. short term memory lost.. kami pi main bowling.. aku baling manjang tak straight... semua senget (aku rasa otak aku tak straight sebab teruja kot?) ahahahaha.. cam kemak!!!

sebelum balik... wish her happy upcoming birthday.. nak cium pipi takot kang kena tendangan sudut sisi lemak tanpa batas.. wish ajelah..

balik je dapat phone call dari fendi suh jumpa kat bamboo in.. alaaahai.. majlis mencuci mata lagi la tu... sangat ramai (.)(.) malam tu... aku bleh nampak macam2 bentuk, saiz dan kaler (weeeeeeeeeeee)... bila teringatkan yg aku kena bertugas kat pd.. aku mintak kebenaran nak blah dari fendi.. balik dapat message dari vinie kata dia suka hadiah aku.. (waah.. aku pun gembira bila dia suka)

sampai rumah... prepare menda utk tugas.. pehtu zzzzzzz... lena la apalagi..

25/7/2010
jam 6.30am.. arghh. tidak.. kenapalah aku kena bangun... 5 minit.. 5 minit.. zzzz.. sekali.. amik kau... 2 jam lepas tu baru sedar balik.. padan muka aku... sampai sini (PD) 11am lebih.. ahahahaha...

macam biasa.. buat kheja laju2.. setel semua... check fesbuk...dan sekarang tengah menaip blog.. ngeeeeee.....

gamba aku blom upload sebab camera dari phone miskin nak transfer sangat susah ok... henpon kaya aku tak mampu nak beli.. nanti aku upload...

takat tu je kot?

daaa

p/s - ada acara menyalak bukit jam 8.00pm satgi.. ehhe...

Monday, June 28, 2010

Photo outing putrajaya 26/6/2010

LOCATION
Putrajaya
Masjid Putrajaya

dah lama tak menggedik photo outing... kalini dengan Zurimi dan jugak tunang beliau, Nurul Azeera Nadia... tetengah hari merembang sempat lagi tu.. antara gambar...


model

di sana hanyalah meeenantiiiiiiiiiiii
sampai bila pun.. ku tak pastiiii...
bertanya khabar... PANG!

macam pernah tengok je muka minah ni
(sebenaqnya kantoi aku tengah nak snap gambaq dia)

i like seluaq puteh... anda boleh lihat macam-macam
PANG!

statue of ROKERS TUA TAK SEDAQ KEDIRI...

BUDAK KECIK
abang.. boleh lukis muke saya jadi wonderpet tak?
ARTIST
ko nak muke itik ke kogha?
BAPAK BUDAK
giler giler giler

model payung

huh.. sekerim ada.. cincau ada.. chendoi ada...
peeehh BEWAK BAKAQ PUN ADA.. selera laaa

aksi menyedut maggi dalam cup tanpa pengetahuan sesapa disebabkan malu

giler konsentret

encik zurimie bersama tunang beliau.. nurul azeera nadia

we like kaler pink...

hang agak2 la mie... nak ambik gambaq aku pun jangan la tercirit sekali...


aksi terlampau pekerja mengecat jambatan

aku dah cakap dah... kat sana ade awek.. ko tak caye...

huh.. kalau la boleh buat micro shoot bucu batu nih.. kompom nampak kuman seberang laut.. gajah depan mata dilupakan begitu saja





PHOTOGRAPHER
hahahaha... buruk giler muke ko
PENGANTIN LELAKI
menyesal aku upah ko setan!!!



sila perhatikan buku teks sekolah tamil itu.. ia digunakan untuk MENYAMATINGGIKAN pengantin lelaki yang pendek... hahahahaha




sekian!

Friday, June 18, 2010

competition

assalamualaikum & hi...

please support my new blog by visiting it. purposely create the blog for tourism Terengganu blog competition.


thanks.

Sunday, May 30, 2010

duit.. duit.. duit...kawen... kawen... kawen

assalamualaikum


perasan tak aku dah lama tak update.. ceh.. soalan utk diri sendiri dan dijawab oleh diri sendiri.. macam la blog aku ni orang baca... kah kah kah...

yish macamana aku nak start nih... dulu laju je idea aku datang... sekarang ni macam haram zade je aku nak menaip pun... tapi takpalah.. aku try jugak citer... aku nak mula dengan citer pasal semua orang harus ada.. tak ada susah... tapi kalau ada laaaaaagi susah.. apadia? DUIT..

DUIT
menurut kamus dewan...DUIT bermaksud kepingan logam (daripada emas, perakm tembaga dll) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu...

senang je dia cakap kan? tapi macamana nak dapat duit? mestilah nak kena kheja.. macamana nak dapat kheja? meh kita tengok kat bawah nih

macamana nak dapat duit?
KENA KERJA

macamana nak dapat kerja?
MESTI KENA BELAJAR

macamana nak belajar?
MESTI KENA ADA DUIT

macamana nak dapat duit kalau nak belajar?
MESTI KERJA atau MINTAK DENGAN MAK BAPAK

macamana kalau mak bapak tadak duit?
MAK BAPAK KENA KERJA

kalau mak bapak tak kerja?
HARAM TADAK DUIT

bila tadak duit cemana nak belajaq?
MEMANG TAK BOLEH (kata la aku gila.. tapi itu fakta)

kalau takleh belajaq?
PAKAI KEDERAT LA JAWAB... ITU PUN DIORANG TANYA, "ADA SPM?"

tengok kat situ kan.. jawapan berulang2.. kheja.. belajaq.. duit... tapi yang penting duit.. kot mana pun mesti duit.. nak pi kencing (tak kira la berdiri ka mencangkung ka) mesti ada duit.. duit pulak la ni bukannya makin besaq.. yaa.. gaji makin tinggi tapi KALAU NAK KENCEN PUN KENA BAYAQ SERINGGEET... GILA APA? tak pulak depa mai gosok pungkoq kalau dah habih berak... kot ada wangi lebih sket.. tandas ada bunga2 sket.. lampu malap ala2 romantik sket.. charge seringgeet... huh.. melalut sudah aku ke jamban...

kekadang aku rasa... aku rasa la...dan aku acibet (jamin) korang pun akan setuju... kita sekarang ni hamba duit... kan? kalau tadak duit tu.. ya Allah.. memacam nak buat takboleh... sampaikan... percaya atau tidak.. nak datang keje pun rasa macam musibat.. habitu sapa nak tuang minyak kat dalam tangki motor? nak ludah ayaq leoq? ala... naik bas pun.. nak pakai duit jugak.. kena bayaq paling bangang 1 ringgit... tu baru pegi.. tak balik lagi.. owh.. ada orang kata 1 ringgit boleh pergi dan balik.. fine.. sukati lah.. tapi TETAP KENA GUNA DUIT KAN? tapi sape yang ajar memenda ni semua jadi? kita sendiri jugak.. manusia... asal dari falsafah.. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA... asal buat bagi kemudahan orang ramai sket je.. charge cam haram jadah... mari kita lihat situasi berikut...

kerjaaan kata... KITA MESTI GALAKKAN RAKYAT GUNA PENGANGKUTAN AWAM
konon nak bagi kurang sangat la jem kat dalam bandaq.. meh kita lihat dilema orang macam aku yang cukup benci guna pengangkutan awam.. bukan sebab hina.. tapi rasa macam kena tipu.. aku dulu dari gombak nak ke tempat kheja mesti kena lalui situasi nih

bas rapid pegi balik ke stesen Gombak= RM 1.00
tambang LRT pegi balik = RM 2.70 X 2 = 5.40
pagi kena berebut dengan orang ramai.. kena coach ramai pompuan.. wangi.. ada pemandangan.. gesel2 sket.. terpegang (.)(.).. heavenlah.. tapi yang tak kira pulak nak kena beratoq panjang... pehtu berebut dengan orang... masa pulak jadi lambat... sebab... dari 7.45am nak ke opis aku santak ke 8.45am.. sejam tuuu... penat berjalan lagi lepas tu...

TOTAL COST = 6.70 sehari!

tengok tu.. sape tak bengkek... kalau ada kereta sendiri... dah tentu lah sama dengan petrol pegi balik.. tak payah berebut dengan orang.. jem kalu boleh pasang radio.. ada ekon... habih2 kuat.. nama jalan.. dari JALAN KUCHING bertukar jadi JALAN BABI... sebab asai lalu jalan tu mesti keluaq perkataan BABI... ah... peduli hapa... sama jugak masa perjalanan.. terus sampai ke opis.. takyah berebut dengan orang... kalau bawak moto.. LAAAGI JIMAT... ala.. tambah 180 ja sebulan bayaq installment.. takkan tak buleh

ada orang nanti kata.. kan boleh beli card rapid tu... yelah.. duit jugak.. tapi kalau terlepas bas rapid dari gombak? kena belasah amik teksi jugak kan? RM5.50 sehala... serupa jugak...

pehtu orang kata... ala sacrifice la sket.. bangun awal.. aku boleh jawab dengan selamba.. AKU PENAH BANGUN AWAL.. BAS SUKA HATI MAK NENEK BELAH ABAH TIRI TOKWAN SEBELAH KAMPUNG MAK DIER JE DATANG TAK IKUT TIME...kita tunggu depa tadak.. time aku dah amik teksi nanti kang 3 pat bijik lintas.. tak ke serupa lahanat?

habih kat situ.. santak hal kheja pulak... penah tak rasa kheja macam haram jadah... ganjaran tak setimpal pun... syarikat ada untung... tapi sebab ekonomi lembab... TIADA KENAIKAN... (ni untuk kakitangan swasta yea)... pehtu nanti tiap2 tahun kakitangan kerajaan melalak mintak bonus.. dapat pulak tu.. paling bangang sebulan..pehtu ada kenaikan gaji... yang kheja kat swasta ni telan ayaq leoq ja... sebab... TIADA KENAIKAN... pehtu bila ada bonus.. ada kenaikan gaji oleh kerajaan... TIBA2 PULAK GULA NAIK SEPOSEN.. gula naik seposen je sekilo... dah habis semua barang naik tiga pat posen... yang swasta ni.. "aduh.. nak kena buat part time pulak".. yang guna kederat dan tadak kemampuan nak buat part time? time ni la kita tengok banyak kes jenayah kecik seperti merompak dengan mencuri.. sebab apa? DUIT... takpun banyak pulak kes orang kena kurung dalam jamban (no offence) sebab hutang along @ ceti.... yang best tu kan.. aku penah baca satu berita yang seorang hamba Allah ni kena penjara dekat 6 bulan kot sebab curi tepong nak bagi anak makan... awat tuan hakim yang dok ada tu takleh nak bok keluaq RM2.50 utk sekilo tepong? yang tukang tangkap tu pun sama? bukan luak pun RM2.50 tu nak banding dengan maruah orang kena tangkap tu.. alasan.. "saya dah cuba cari kerja tapi tak diterima sebab saya tak ada spm..." nampak? betoi tak ceritera aku kat ataih tadi?

tetoibe aku teringat satu hadith nabi yang bermaksud, "akan tiba satu ketika yang para suami dan bapa sangat mengikut kata2 isteri dan anak mereka dalam hal rezeki, ingatlah.. kiamat semakin hampir" lebih kurang macam tu la hadith.. soheh.. cuma ayat aku tunggang terbalik sket.. kan ke sekarang zaman dah jadi macam tu kan? nak bangkang pun bangkang la.. tapi hakikatnya dah banyak dari dalam masyarakat dah jadi macam ni...

huh.. kenapa aku tulis pasai duit? sebab aku dah mula rasa tekanan pasal duit... tapi aku masih percaya.. rezeki yang berkat tidak akan menyusahkan aku insya Allah.. sedang orang yg gaji kecik dari aku boleh idup... takkan aku takleh...

tekanan yang macamana? tekanan dari segi nak kena selesaikan hal orang lain yang gagal mengurus kewangan last2 aku jugak yang kena... tak gheti nak pikiaq.. senang ja nak meminjam.. last2 aku kena setel.. tapi aku pun tekanan jugak.. bila aku pulak nak kena letak leheaq aku pinjam kat orang lain, bank.. bla bla bla.. tapi insya Allah.. mesti ada jalan.. walaupun lambat utk aku selesaikan.. yang cam lahabau @ lahanat.. orang yang memintak dan meminjam kat aku tu tak gheti2 nak sedar... mesti ada orang cakap... "ah pedulikan aje dia"... memang senang.. tapi kalau dah darah daging? nak aku tak peduli? susah untuk jawab kan?

agak dalam 2 minggu dulu aku ada sembang dengan member aku ayen panje.. pasal apa? pasal duit jugak... tapi ni masuk sekali dengan masalah kawen.. haaa... jeng jejeng

KAHWIN dalam kamus dewan bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan untuk menjadi suami isteri...

tapi untuk kawen mesti ada apa? DUIT kan? ramai yang mengeluh susah nak kawen sebab memacam halangan.. yang terbesar... pasal duit.. mana nak pikir hantaran, sewa itu sewa ini... kenduri lagi.. photography lagi.. arrghhh penin penin penin.. tapi ramai yang tak pernah pikiaq nih...

syarat sah nikah
1. pengantin lelaki
2. pengantin perempuan
3. wali
4. saksi
5. ijab dan kabul

dan dalam ijab dan kabul tu dinyatakan pasal mas kahwin.. tadak pulak sebut pasal HANTARAN KAN?... wah.. garang gila aku.. tapi sedarkah korang bahawa sebab hantaran lah ramai pasangan tak kawen.. sangguh dok sama.. tanpa ikatan yang sah... jolok sana.. korek sini.. dah dapat anak tak sah taraf... pehtu dera... pehtu mati.. pehtu masuk paper.. pehtu pakat salah sana sini... wah! drama...

sebenaqnya kan... kita sekarang ni kebanyakan guna falsafah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA... tak ada nawaitu yang betul dan baik pun... pasaipa aku cakap macam tu sebab masa aku ambil keputusan nak kawen dulu... senang ja rezeki Allah bagi kat aku supaya aku dapat langsaikan segala yang terkusut dan tak cukup... tapi aku belum diberikan rezeki oleh Allah seorang isteri.. sebab tu la tak jadi kawen.. hahahahaha.. padan muka aku... tapi takpa Allah Maha Adil.. mesti ada sebab aku jadi macam ni (ceh.. dah nakai tahap jin aprit lagi mau tanya)...aku percaya apa yg aku kata ni ramai yang setuju.. bagi yang perkahwinan bahagia dari awal hingga sekarang mesti setuju menyatakan DUIT bukan segala pun.. yang penting NAWAITU yang ikhlas... insya Allah mesti Allah tolong... nikmat Allah kat bumi utk semua makhluk..

jadinya.. aku nak bagitau kat orang yang sukaaaa sangat tanya kat aku "BILA NAK KAWEN?"... bukan aku tanak.. tapi mungkin ini ujian Allah kat aku... ada couple.. dah ajak kawen last2 tak jadi... ada tunang pun last2 tak jadi.. semua ujian.. sekarang ni... dah ada couple pun... bila tanya masih berdiam diri... maksudnya apa? NAWAITU masih samar2... kalau tanya aku.. sapa yang tanak dapat pahala ibadah berganda?

haiz...

salam...

Monday, May 17, 2010

seloka jepun attack malaya - tribute to pak ku syahadat

hai jepun perintah pulak 3 tahun 8 bulan
susah nak minum makan dan jugak pakaian
sama orang lelaki dan jugak orang perempuan
dimakan ubi kayu.. cecah dengan manisan

hai jepun langgaq tahun ampat puloh satu
banyak orang puteh lari tak tentu kalu
masuk segenap dalam lubang kubu
kerana dia takot.. senapang dengan peluru

hai jepun masuk jalan negara siam
jambatan titi omputeh habih dia bom
segala gudang2 jepun habih dia hentam
pemerintahan jepun sangatlah kejam

hai jepun masuk jalan padang besaq dan changlun
puak jepun datang ramai berduyun duyun
padi beraih hak kita dirampaih di samun
banyak rakyat makan ubi dengan timun

hai pergadohan jepun dengan barang perniagaan
jepun jual sangat moghah mangkuk dan pinggan
bertengkaq berbalah sampai pulak bergadohan
akhir2 rakyat jugak mendapat kesusahan

hai jalan padang besaq mari jepun
naik kheta pi asap berkelun kelun (banyak)
hukuman jepun pulak macam penyamun
salah tak salah.. hai disepak dibalun

hai jepun masuk nak perinta tanah malaya
cina siam melayu pakat takot belaka
kerana dia sangat keghaih kepala
padi beraih hak kita.. dia ambek saja

hai tahun ulaq kecil jepun masuk
bila berjumpak jepun kepala kena hangguk
dia tak kira korporat tak kira datok
perangai jepun.. semacam dengan beghok...

hai hari isenin jepon mulai masuk malaya
datang berduyun2 masuk dengan segera
jepun marah kat orang puteh kerana meniaga
orang puteh hentam.. kepala tokeh chiba (jepun)

hai mola2 tokeh chiba mejual kueh sepit
harganya satu keping satu duit (1 sen)
dalam kueh sepit ada cincin kunin meghelit (bersinar)
dengan budak2.. habih dia kutip duit

hai jepun dah sampai pulak di Kepala Bataih (batas)
peluru dan senapang semua dia galaih (galas)
orang puteh lari yang sangat deraih (deras)
jikalau dapat tangan dia.. nyawa pulak ghentaih (rentas - putus)

hai jepun dah sampai pulak dipekan aloq setaq
pakat takot lari terketaq ketaq
tak kira tua muda kecil dan besaq
kita tak hangguk kepala.. dah kena penampaq

hai melayu dan siam pakat banyak makan ubi kayu
padi dan beraih habih dia sapu
siapa buat salah dia hentam dengan peluru selalu
ditanam selubang hindu (india), cina, melayu

hai jepun suruh pakat usung kayu
jika tak larat usung dia buang satu satu
dia suruh bawak jugak dipukul dipalu
ada setengah orang.. mati pulak disitu

hai selama jepun perintah pulak 3 tahun 8 bulan
banyaklah rakyat mendapat lagi kesusahan
susah mendapat minum dan jugak makan
kena pakai sarong guni.. buat tudung kemaluan

hai hukuman jepun rakyat semua takot
kalau buat salah dibagi minum ayaq di pijak peghot (perut)
nyawa pulak jadi naik pasang surut
terkadang2 nyawa teruih tercabot

hai rakyat yang salah disepak kancing
kena sekali terberak terkencing
mata keluaq api hijau dan kuning
perot senak.. kepala naik pening

hai jepun dia kerah rakyat membuat jalan
kena masuk segenap kedalam hutan
mau tak mau dia hukum paksa kan
ada yang mati dengan kerana kelaparan

hai zaman jepun takdak ada banyak sekolah
saya mengaji kat rumah lebai Lah
disitu pulak tak dikira darjah
boleh baca quran.. dia kata "sudah lah" (ok la tu)

hai zaman jepun ada banyak penyakit
nyamuk tuma semua dia gigit
kudey (kudis) buta cabok dikulit
tak dak kelambu secarek rabit

hai zaman jepun tadak pulak guruih api
dibelaga batu dengan besi
bagi masuk habok dudoq yang kering sekali
ditepok dipetik.. keluaqlah api...

hai pemerintahan jepun sangatlah keraih
kalau buat salah dia tangkap berkaih
disuruh pulak menyangkoi bataih
dia bagi menom ayaq.. dia jemoq panaih

hai jepun masuk dengan serentak
barang pakaian kesemua tak dak
perangai jepun macam kelaku budak budak
kita salah sikit.. dia pasang pulak penyepak

hai percakapan jepun sangatlah susah
apa dia kata kita tak paham sepatah
dia kata "kroh kreh wah kruh krah"
kita jawab tak jawab.. jadi serba salah

hai loghat bahasa jepun bunyi macam kera
"kroh kreh wah kruh krah" kita kena hangguk kepala
jika tak hangguk dia kata kurang bahasa
kena penyepak dia dah sakit tak sanggah

hai kita tak boleh pulak pergi ke sana sini
tadak kain kena pakai sarong guni
habih ke semua anak dan bini
kena duduk pulak ditempat yang sunyi

hai tahun kegha (kera) jepun sudah pulang
kerana dia kalah masuk menentang berperang
orang puteh hantaq balik dengan kapai dan tongkang
tenggelam ayaq laut.. mampuih terkangkang

hai amarika bom pulak di bandaq hirosyima
banyak yang mati lagi yang jantan betina
termasuk jepun hindu dan cina
yang mana mampuih.. mulut ternganga

hai habihlah kisah jepun yang ampunya ceritaaaaaaaaaaaa.....

Tuesday, May 11, 2010

FUNNY

INSTRUCTIONS: Go to www.urbandictionary.com type in your answer to each question in the search box, then write one definition it gives you.

AND THESE ARE MINE... HEHE.. CAMCHI!!!

1. Your name? rizal
A Pedophile, someone who likes to obsess over under aged people.

2. Age? 32
quart of beer or malt liquor

3.One of your friends? fuad
Acronym for "Fucked Up And Die", as in "let's get FUAD". Most commonly know from the Motion City Soundtrack song, LG FUAD

4. What should you be doing? working
A term to describe the tedious and boring indentured servitude that most people are forced to endure to get money. Generally, not a pleasant experience.

5. Favorite colour? white
Contrary to popular belief the word "white" is not a racial comment or slur

6. Favorite number?8
8 is the answer every engineer gives when he has no friggin' idea of the solution to a problem

7. Month of your birthday? october
the birthstone for this month is Opal, but there is also a cheaper Rose Zicron.

8. Last person you talked to? adreena
Part of British Rock band "Daisy Chainsaw" and "Queen Adreena" described as "artsy" and "slightly odd", which makes her music all the more delightful. Has the enviable talent of going from true metal scream to soft angellic and ghostly tones. And inspiration, and also seen as a contempory of the riot grrrlmovement

9. One of your nicknames? jan
Someone with and incredibly enormous p***s. This person is usually good at most things and is smart. He is totally rad when it comes to chicks.

10. What are you wearing now? shirt
"shit" without the "r"

11. Your pet's name? roger
It is also commonly used to describe the taking of a woman from behind.

12. What you did last Friday? dvd
Swedish slang for "yo bet ya" or simular to "You can count on it"

13. Your Zodiac Sign? libra
"He who can charm the birds from the trees, and pull you into his seas."

14. The last 3 digits of your cellphone number? 098
Another word for a ghost, especially a friendly one

15. Your fantasy nickname? kanda? hehe
A sexy kind girl who dresses in black but not goth she has many friends and makes them easy she is normally in love with some one name justin there attracted to people with that name

16. Your favorite clothing brand? cap ayam... hahahahaha
boobs..!!

17. Where you work? kuala lumpur
The Drinking Club with the Running Problem

18. What day is it tomorrow? wednesday
The day after Tuesday and before Thursday

19. Your favorite smell? tropical breeze
While revieving a blumpkin a male farts and the resulting air rolls off of the water like a warm tropical breeze
.
20. Your favorite food? vadeh
vadeh isn't defined yet