CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 22, 2011

Melankolia @ Melancholia

Assalamualaikum & greetings



Dalam pada aku dok menghadapi perasaan seronok dan berdebar atas nikmat Allah swt taala akan kasih sayang dan insya Allah aku akan berubah alam dari bujang kepada suami dan ayah kepada 2 orang insan comel, nakal lagi rosyom (bukan rosyam noor yea)... aku tetiba terdengar akan lagu ini... lagu cinta melankolia dari kumpulan ann... kumpulan yang boleh tahan terkenal pada zamannya ketika itu...damn i missed that time where most of the group have their own identities not like current group/singer where everybody wants to imitate other person... cummon...


apa itu melankolia?... menurut kamus dewan maksud melankolia adalah penyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yang amat sangat dan berpanjangan atau kemurungan/kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran...

dalam bahasa omputeh plak..."melancholy" applies only to the mental or emotional symptoms of depression or despondency; historically, "melancholia" could be physical as well as mental, and melancholic conditions were classified as such by their common cause rather by their properties of which AKU HARAM TAK BERAPA NAK PAHAM CAKAP OMPUTEH NIH... ekekekekekeke

dewasa ini ramai orang bercinta sampai tak ingat dunia dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga melupakan keperluan diri sendiri dan kelak... akhirnya membawa kemusnahan kepada diri sendiri... ramai orang terlupa bahawa konsep bercinta adalah hubungan perasaan yang unik yang dikurniakan oleh Allah swt yang boleh membawa kepada kebahgiaan... bukannya kesengsaraan... manusia kerap ditipu oleh perasaan sendiri oleh kerana menyandarkan perasaan itu kepada nafsu semata2 dan bukan mengikut akal (akli)... maka terjadilah perkara2 yang tak mahu kita dengar tetapi terpaksa kita hadapi seperti dipukul, disepak terajang, dipisau cukur, diseksa jiwa dan raga; dan bermacam2 lagi... lihat sahaja dalam dada2 akhbar sepanjang tahun, ada sahaja berita2 yang membungkam jiwa hanya semata2 cinta dan kasih sayang yang tidak berteraskan kepada akal.

hah... tu kita cakap pasai cinta... bagaimana pulak hubungan kasih sayang antara ibu, anak, ayah dan sesama pasangan... dari segi makna dan interpretasi melankolia sendiri kita dapat membayangkan akan suatu keadaan yang sangat susah (omputeh kata complicated) dimana atas nama sayang, manusia boleh menjadi malaikat, boleh menjadi syaitan dan kadang2 menjadi binatang...

mesti korang cakap aku gila kan?

mari kita lihat situasi di bawah ini satu persatu

GF DAN BF
masa senang, seronok dan suka, masing2 merasa seperti dunia ini ana yang punya... masing2 terlupa hendak menyelami hati dan perasaan pasangan masing2... masing2 terlupa hendak menilai akan baik buruk pasangan... semuanya indah, wangi dan menyenangkan... SAMPAI KAWAN2, SAUDARA DAN KELUARGA PUN DILUPAKAN...

pada suatu hari... terjadi akan pertengkaran besar.. si perempuan mula membebel itu dan ini... si lelaki pula mula menyumpah seranah... segala perkataan yang merapu dan tidak senonoh mula keluar dari mulut masing2... masing2 mula meninggikan suara... keluar segala baran.. tak kiralah samada dalam telefon... dalam sms mahupun secara berdepan2... pada waktu ini adakah mereka ingat akan zaman manis? TIDAK SAMA SEKALI...

maka terjadilah perkara2 seperti bunuh diri... terjun ke lembah hina... curang dan sebagainya... masing... owh.. sebelum terlupa... MENANGIS HINGGA LUPA DIRI... tak kira la jantan mahupun betina... sama ja... CINTA LA SANGAT KAN???

SUAMI & ISTERI - RUMAHTANGGA
lebih kurang la sama dengan gf dan bf tadi cumanya masing2 terikat akan satu ikatan suci dan masing2 cuba memendamkan perasaan... setahun boleh ditahan... 3 tahun mula rasa rimas... 5 tahun dah rasa macam neraka... 8 tahun BOOM! BERCERAI... ada hanya bersebab akan perkara kecil seperti suami kaki bola, isteri suka bangun lewat, suami kaki betina, isteri suka keluar malam... KEMANAKAH PERGINYA JANJI2 INGIN SEHIDUP SEMATI?

akhirnya siapa yang menjadi mangsa? anak2... nabi SAW ada bersabda iaitu anak2 adalah suci umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya... kalau kain batik, cantik dan lawa... boleh bermandiri... alhamdulillah... bagaimana kalau anak2 yang tidak tahu hujung pangkal...

"abah... jangan pukul mami... abah... jangan pukul mami.... sakit..."
"ibu... jangan pukul ibu... sakitttttt!!!!"

kalau dibaca dengan mata kasar... memang tidak terasa akan apa2... tapi kalau didengar dengan suara halus seorang anak mungil yang tidak tahu apa2... terpaksa menghadapi akan segala perkara yang dia tidak faham... tak ke perkara ini akan membusuk dan bernanah dalam sanubari si anak... kelak apa terjadi kepada budak ini? silap2 boleh masuk hospital mental... takpun lagi teruk... lari dari rumah... then anak ini diambil pula untuk dijaga oleh nenek/atok/tokwan/tok/maktok/tok ayah

orang melayu ni... penuh dengan kelembutan dan kasih sayang... akan tetapi tak konsisten... apabila si nenek tadi membela akan si cucu... segala kasih sayang ditumpahkan kepada si cucu... bila dah besar... dan terlebih manja... jadi ketegaq... takmau dengaq cakap... pehtu mula la si nenek membebel salahkan mak dan ayah si cucu... tak ke lagi terseksa jiwa dan raga budak2 tu? hanya sebab dah tak boleh nak menahan perasaan akan si cucu tidak mahu mendengar kata.. maka diungkit akan segala kisah silam si ibu dan bapa si cucu ini... hai la melayu....

IBU BAPA DAN ANAK
tipu kalau kita kata ibu dan bapa boleh berlaku adil kepada anak2... dalam kehidupan sehari2an... macam2 perkara kita dengar.. seperti penderaan, pilih kasih, kurang kasih sayang, dadah, bohsia, bohjan, mat rempit... ha.. apa kejadahnya tu...

katakan si anak tidak berapa maju dalam pelajaran berbanding adik beradiknya yang lain... maka mulalah ditunjukkan belang pilih kasih antara si anak itu berbanding adik beradiknya yang lain... segala kehendak dan permintaan si anak untuk memajukan diri sendiri dipandang sepi oleh ibu dan bapa.. padahal tidak terlintas difikiran mereka untuk bertanya akan masalah, atau mungkin memberikan motivasi kepada si anak untuk lebih berjaya dalam hidup.. apa yang mereka tahu asyik berleter dan mengejek akan ketidak upayaan si anak untuk berdikari...

dalam jati diri orang melayu.... sejahat manapun seorang anak... jarang kita dengar anak yang sanggup menderhaka kepada ibu bapa... si anak tetap ingin menjaga dan menjalinkan hubungan dengan ibu bapanya untuk mendapatkan keredhaan Tuhan.... tapi lama kelamaan apabila perasaan sudah tidak dapat dibendung... maka mengamuklah si anak... dan kemungkinan besar hingga kes membunuh... kenapa? secara emosi si anak telah terganggu...

ada pula si anak tidak langsung memperdulikan nasib orang tuanya sehingga menjadi anak derhaka... tidak langsung memperdulikan akan makan pakai dan minum kedua orang tua... huh... senang cerita, keterbalikan akan cerita si anak tadi...

orang kata dalam hidup ini ada karma (bukan kurma yea)... dalam agama di sebut akan hal kifarah... hah... tidakkah masing2 terfikir akan hal2 sedemikian?

senang cakap orang boleh berkata, "alah ko senang la takat boleh tulis... pastu mengata orang"... tapi orang tak pernah pulak terfikir akan hal2 yang aku sebut kat atas tadi...memang senang utk menulis... tapi susah untuk mendapat idea bagi memulakan penulisan... semua ini adalah rencana Allah swt...

akhir kata siapa makan cili maka dialah terasa pedas...

aku? berpeluh je...

wassalam

2 said something:

Niki Kamarodin said...

Bravo bebeh! I loike and yup it make sense....

p/s: easy say than done!!!

RIZAL@BUYONG.INC said...

yup... easy say than done... but not as easy to portray the idea itself...