hai jepun perintah pulak 3 tahun 8 bulan
susah nak minum makan dan jugak pakaian
sama orang lelaki dan jugak orang perempuan
dimakan ubi kayu.. cecah dengan manisan
hai jepun langgaq tahun ampat puloh satu
banyak orang puteh lari tak tentu kalu
masuk segenap dalam lubang kubu
kerana dia takot.. senapang dengan peluru
hai jepun masuk jalan negara siam
jambatan titi omputeh habih dia bom
segala gudang2 jepun habih dia hentam
pemerintahan jepun sangatlah kejam
hai jepun masuk jalan padang besaq dan changlun
puak jepun datang ramai berduyun duyun
padi beraih hak kita dirampaih di samun
banyak rakyat makan ubi dengan timun
hai pergadohan jepun dengan barang perniagaan
jepun jual sangat moghah mangkuk dan pinggan
bertengkaq berbalah sampai pulak bergadohan
akhir2 rakyat jugak mendapat kesusahan
hai jalan padang besaq mari jepun
naik kheta pi asap berkelun kelun (banyak)
hukuman jepun pulak macam penyamun
salah tak salah.. hai disepak dibalun
hai jepun masuk nak perinta tanah malaya
cina siam melayu pakat takot belaka
kerana dia sangat keghaih kepala
padi beraih hak kita.. dia ambek saja
hai tahun ulaq kecil jepun masuk
bila berjumpak jepun kepala kena hangguk
dia tak kira korporat tak kira datok
perangai jepun.. semacam dengan beghok...
hai hari isenin jepon mulai masuk malaya
datang berduyun2 masuk dengan segera
jepun marah kat orang puteh kerana meniaga
orang puteh hentam.. kepala tokeh chiba (jepun)
hai mola2 tokeh chiba mejual kueh sepit
harganya satu keping satu duit (1 sen)
dalam kueh sepit ada cincin kunin meghelit (bersinar)
dengan budak2.. habih dia kutip duit
hai jepun dah sampai pulak di Kepala Bataih (batas)
peluru dan senapang semua dia galaih (galas)
orang puteh lari yang sangat deraih (deras)
jikalau dapat tangan dia.. nyawa pulak ghentaih (rentas - putus)
hai jepun dah sampai pulak dipekan aloq setaq
pakat takot lari terketaq ketaq
tak kira tua muda kecil dan besaq
kita tak hangguk kepala.. dah kena penampaq
hai melayu dan siam pakat banyak makan ubi kayu
padi dan beraih habih dia sapu
siapa buat salah dia hentam dengan peluru selalu
ditanam selubang hindu (india), cina, melayu
hai jepun suruh pakat usung kayu
jika tak larat usung dia buang satu satu
dia suruh bawak jugak dipukul dipalu
ada setengah orang.. mati pulak disitu
hai selama jepun perintah pulak 3 tahun 8 bulan
banyaklah rakyat mendapat lagi kesusahan
susah mendapat minum dan jugak makan
kena pakai sarong guni.. buat tudung kemaluan
hai hukuman jepun rakyat semua takot
kalau buat salah dibagi minum ayaq di pijak peghot (perut)
nyawa pulak jadi naik pasang surut
terkadang2 nyawa teruih tercabot
hai rakyat yang salah disepak kancing
kena sekali terberak terkencing
mata keluaq api hijau dan kuning
perot senak.. kepala naik pening
hai jepun dia kerah rakyat membuat jalan
kena masuk segenap kedalam hutan
mau tak mau dia hukum paksa kan
ada yang mati dengan kerana kelaparan
hai zaman jepun takdak ada banyak sekolah
saya mengaji kat rumah lebai Lah
disitu pulak tak dikira darjah
boleh baca quran.. dia kata "sudah lah" (ok la tu)
hai zaman jepun ada banyak penyakit
nyamuk tuma semua dia gigit
kudey (kudis) buta cabok dikulit
tak dak kelambu secarek rabit
hai zaman jepun tadak pulak guruih api
dibelaga batu dengan besi
bagi masuk habok dudoq yang kering sekali
ditepok dipetik.. keluaqlah api...
hai pemerintahan jepun sangatlah keraih
kalau buat salah dia tangkap berkaih
disuruh pulak menyangkoi bataih
dia bagi menom ayaq.. dia jemoq panaih
hai jepun masuk dengan serentak
barang pakaian kesemua tak dak
perangai jepun macam kelaku budak budak
kita salah sikit.. dia pasang pulak penyepak
hai percakapan jepun sangatlah susah
apa dia kata kita tak paham sepatah
dia kata "kroh kreh wah kruh krah"
kita jawab tak jawab.. jadi serba salah
hai loghat bahasa jepun bunyi macam kera
"kroh kreh wah kruh krah" kita kena hangguk kepala
jika tak hangguk dia kata kurang bahasa
kena penyepak dia dah sakit tak sanggah
hai kita tak boleh pulak pergi ke sana sini
tadak kain kena pakai sarong guni
habih ke semua anak dan bini
kena duduk pulak ditempat yang sunyi
hai tahun kegha (kera) jepun sudah pulang
kerana dia kalah masuk menentang berperang
orang puteh hantaq balik dengan kapai dan tongkang
tenggelam ayaq laut.. mampuih terkangkang
hai amarika bom pulak di bandaq hirosyima
banyak yang mati lagi yang jantan betina
termasuk jepun hindu dan cina
yang mana mampuih.. mulut ternganga
hai habihlah kisah jepun yang ampunya ceritaaaaaaaaaaaa.....
0 said something:
Post a Comment